Thursday, February 24, 2011

pelbagai emosi


secara jujurnya aku segan a.k.a malu nk update blog . Sebabnya blog aku rata2nya berkisarkan emosi aku yang tak stabil. jadi hanya sedikit je kat dunia ni yang suke baca ttg emosi ni ( Fuad , 2011 ) hehehe.

Orang cakap, mengajar di kawasan kampung atau luar bandar , kurang tekanannya . Pada pendapat aku , itu perasaan apabila kita sudah menjadi pendidik yang sebenar. Bukan sewaktu menjadi guru pelatih.

Sudah 3 minggu aku menjadi guru pelatih. aku masih lagi belum mendapat mood yang sebenar untuk mengajar. Aku tertekan sangat dengan suasana aku sekarang kat sini. Bila aku jumpe jer anak murid, aku tak dapat jadi diri aku. aku tak dapat menjadi seorang guru yang mengajar perkara2 bagus. aku diselebungi pelbagai emosi.

Ada sedeh , kekadang ada senyum ( yang pastinya hanya sementara ataupun kepura-puraan ) , ada teruja , ada marah dan macam2 lagi. yang pastinya , tidak ada seorang pun yang dapat memahami aku. help me to recover plis .

Thursday, February 17, 2011

Aku suke fotografi walaupun tak cantik


entry kali ni ... aku nak tarukkan gambar2 yang penah aku tangkap. gambar aku waktu. aku outing ari tu. dari kul 1130 malam sampai 630 pagi.

gambar2 kat atas ni la hasilnye bila aku outing malam tu.mmg penat abis la kan..tapi seronok.banyak teknik baru aku belajar walaupun aku ni mmg tak terer habis.tapi bila dah masing2 daripada ahli simplensa brainstorm...jdnye kami banyak idea.ahaks..dari jejambat depan tesco..ke waterfront sungai pinang , gurney drive , penang road , dan last sekali bawah jambatan. Sabtu ni , sekali lagi kami wat.best2.


Friday, February 11, 2011

kisah anak muridku

In teaching you cannot see the fruit of a day's work. It is invisible and remains so, maybe for twenty years. ~Jacques Barzun

Seperti kata2 diatas , ia mengatakan bahawa , sebagai seorang guru
, kita tidak dapat melihat sesuatu kejayaan dalam sekelip mata.
Kita harus bergerak atau bertindak selangkah demi selangkah. Sebagai seorang guru jugak , kita harus letak level kita searas dengan mereka. Tidak dapat disangkal bahawa level guru mmg lagi tinggi dari level anak murid mereka. Tetapi untuk memastikan anak murid kita dapat mengikuti apa yang diajar , kita tidak boleh menggunakan ilmu yang terlalu tinggi.



Seperti kes yang aku tengah alami skrng dan jugak rakan2 praktikum aku , kami masih lagi tidak dapat mengagak level student kami. Mcm aku sendiri , apabila aku pertama kali memasuki kelas yang aku dapat, aku hampir2 give up .Asbabnye , aku tidak pandai mengexplain sesuatu konsep yang nak ajar dowang. Mmg aku tidak boleh gune keadah dan teknik pengajaran yang aku guna mase aku praktikum 1 dan 2 dulu. Aku kene guna kaedah yang lebih santai dan bak kata pensyarah aku tadi, kene guna banyak gambar2 yang interaktif.

p/s :Untuk anak2 murid kesayangan cikgu, maafkan cikgu kalau minggu ini cikgu2 garang2 dengan kowang , cikgu masih lagi dalam cubaan untuk adapt ngan cara kowang. Mmg cikgu sedih bile tgk kowang tak faham segala benda yang cikgu ajar.InsyaAllah , cikgu akan cube yang terbaik ngajo kowang sains n english . Cikgu akan pastikan kowang dapat input walaupun sedikit.Its better than nothing . :)

Tuesday, February 8, 2011

Menu orang bujang yang pertama



Hye sume....dah dapat tgk gambar kat atas? erm...gambar kat atas ni adalah menu aku untuk hari ni.hehehe..biase la kan , owang bujang katakan..bedal apa pun takpa..semalam aku dah housemates aku kuar la p cari tong gas , beras , ajinamoto , gula dan segala keperluan lain yang penting untuk memulakan zaman jimat kami. almaklum la , kami tau , duit akan habis semasa sesi praktikum ni.jadi , kami mengambil keputusan untuk memasak setiap hari.

Berpraktikum jauh dari maktab , mmg mengajar kami untuk menjadi seorang guru yang berdikari.mmg inilah gambaran sebenar seorang guru nanti. Hidup berjauhan dari keluarga , berjimat untuk memastikan murid2 mendapat ilmu yang secukupnya , dan juga hidup sowang2 di suatu tempat yang kita juga tak pasti mana tempat itu kat peta dunia ni..cari kat google map pun sah2 tak jumpa.

Bila tengok gambar makanan kat atas ni ( hasil daripada hasil tangan chef ikram ) , aku rasa insaf jugak. yela , pada owang2 kaya , mungkin makanan kat atas , tak sedap atau mungkin , tak dak nilainye , tp pada aku , makanan yang aku makan tadi , dah mmg nikmat teramat. simple but nice and delicious . Sesape yang jeles, sila la taip komen.hahaha

oklah babe, sebenarnya aku tengah serabut pk pasal jadual kelas aku ni. ape yang bimbangkan aku , subjek bahasa inggeris tu , lepas perhimpunan. Bila dah lepas perhimpunan ni , agak susah la..nanti ada budak masuk lewat la, kene denda , ada hal itu , ada hal ni...mmg problem kat aku. Besok aku nk try ubah jadual..kene jumpe cikgu aku..pastu..kene balik maktab lagi :(

Sunday, February 6, 2011

sudahkah aku bersedia


besok adalah 7.2.2011 . itu adalah tarikh keramat aku dimana aku akan memulakan sesi praktikum ke 3. Mmg sebelum ini aku ada mengatakan bahawa aku seronok menjalani sesi praktikum , tapi bila masa kian hampir ni.. aku rasa nebes plak. siptom2 nebes aku mula la muncul... rasa nk muntah2, rase excited semacam.mm...apa nk jadi ni

dah banyak kali aku test jalan untuk ke sekolah aku dan jugak sekolah ikram . Tujuan de? tujuan de adalah , dah menjadi habit aku , kalau sesuatu perkara bermula pada jam tertentu , aku akan datang ke tempat itu setengah jam awal.Contoh la kan , kalau sekolah aku bermula kul 7.30, aku akan pastikan aku sampai sekolah dalam kul 7.oo.

jadi...mmg kecian la kat si ikram tu...de kene gerak kuar dari umah jam 645...hehehe...kalau ikram lambat.. mmg aku gerak dulu la ye :P...papa pun...selamat berpraktikum kepada sume...do ur best ok

Friday, February 4, 2011

Seminggu di maktab

selamat hari raya cina aku ucapkan kepada rakan2 aku yang menyambut perayaan ini. Sepatutnya aku berada di rumah skrng..landing2 depan tv , lepak kat kusyen arwah mak aku tu..tp realitinya skrng , aku berada di maktab kesayangan.

dalam seminggu ni , aku banyak jugak melakukan aktiviti..membantu2 pelajar2 sabah dan sarawak untuk bergerak ke mana2 dan jgk lepak2 ngan mansur.mansur ni best orangnye , suke wat lawak spontan dan skrng ni de bawak kawan de dari ipsah , yang jugak berasal dari sandakan sabah.Namenye zul. Zul ni pon best gak....selamber orangnye.

Dalam masa seminggu ni , aku pelajari macam mane nk hidup berjauhan dengan ibu bapa. agak kekok pada permulaannya , yelah , kawan2 sebatch aku semuanya balik umah,jadi aku tak dak geng untuk bersembang.aku jgk belajar mcm mana nk menjadi seorang yang indipendence. aku ni sebenarnya seorang anak yang manje ngan mak aku. So bile de dah tidak ada , aku jadi lost sangat.tak tau nk buat cam mane.

Penah sekali , aku mengalami migrain sangat2...aku pegang hp aku , cari nama 'mak'. Tapi lepas beberapa sangat , aku mula sedar, mak aku dah tiada. Dari dulu lagi , de sering menjaga aku walaupun de sendiri kesakitan.tp skrng..aku sowang2 menempuhi segala masalah yang dtg