Tuesday, May 22, 2012

balik n tak balik..

tahla weh 
aku balik ke tak balik ker
sama jak tahap ketensenan dan tahap ketiadamuddan aku
mase dulu...tensen sebab nk balik dah tempat keje
tapi sekarang bad mud balik sebab nk balik semanjung
sebab ape?
sama je aku kat sana ngan kat sini
aku tetap alone

Wednesday, May 16, 2012

Selamat hari guru

Pertama-tama sekali, aku nk ucapkan selamat menyambut hari guru kepada semua warga pendidik di Malaysia..terutama guru yang paling dicintai, ayah dan arwah ibunda aku, guru2 sekolah kebangsaan tunku ismail, guru2 sek men keb khir johari, pensyarah di matrikulasi pulau pinang  dan uitm dan paling akhir kepada pensyarah IPGKPP yang banyak mendidik aku menjadi seorang guru.

hari ni jugak , sekolah aku (SK nanga babai) telah mengadakan majlis ringkas sambutan hari guru. disebabkan guru kat sekolah ni pun tak wapa nk ramai, aku pun kene la join sekali wat keje. tapi takpelah , kalau masa kat maktab, aku tukang tgk jer..tapi sekarang aku ada pengalaman wat backdrop even hodoh sangat.hahaha.

tema hari guru tahun ini berkisarkan inovasi..aku rase sesuailah ngan guru2 masa kini kerana pendidik masa sekarang haruslah membuat inovasi bagi menandangi cabaran2 yang datang walaupun dimana mereka ditempatkan.aku amik contoh kat negeri sarawak la..sebab aku mengajar kat sini..cabaran yang paling utama adalah cabaran untuk mengajar bahasa malaysia. sejujurnya aku dah mati akai (bak kata org utagha) nak mengajar anak2 aku.. skrng ni aku dalam proses intensif belajar berjakut iban supaya depa senang nak paham nanti :) wish me luck readers. so kepada kalian2 yang bakal menjadi guru dan dah pun menjadi guru, aku doakan kalian yang terbaik dalam profesion keguruan... gaya guru gerai nyamai :)

aku bersama cikgu data dan tuai rumah ijau

ni la backdrop aku...ada lagi corak.tapi dah jahanam..haha

inilah cikgu sek aku...lafaz ikrar guru

ni anak aku tahun 1..comel kan..i like  her hair..heheh..vogue gitu

Wednesday, May 9, 2012

bahaya yang aku tempuh saban hari

hye bloggers...
kali ni aku nk post pasal bahaya yang aku tempoh tiap2 hari setiap kali aku nk p sekolah dari sarikei.
tgk la dulu gamba2 de yer

lorong ni la selalu eksiden dan sempit

ni tak cukup panjang..ada muatan lagi besar

dari padangan sisi

nak menghampiri simpang tak dak line dari sekolah aku
ramai org kata, aku bawak kete sebab mengada2..aku ada beli motor..tapi motor pada pendapat aku hanya dapat meningkatkan risiko aku kemalangan...ada yang kes , kayu balak jatuh n hempap motor...mati kata terus..kalau aku naik kete, aku mampu lagi kawal kalau ada pepe jadi..kalau naik motor..aku mmg susah sket nk kawal..tambah2 jalan kat sini licin even tak hujan..korang la nilai sendiri la yer

Saturday, May 5, 2012

dari hati

Duduk seorang anak kecil di jendela
Cuba mencari apa itu makna keseronokan
bila mana hati yang dimiliki sentiasa sunyi
hati kecil itu jugak sentiasa resah
meronta-ronta inginkan sesuatu

 dilihat kiri
dilihat kanan
didongak ke atas
dilihat ke bwh
namun kosong

polemik minda bermain
cuba menjadikan khayalan
bertukar realiti
namun itu hanya sebuah permainan
yang sudah pasti tidak ada penamatnya
akhirnya
dia tergapai-gapai
bersendirian
tanpa seorang pun yang memahami

Thursday, May 3, 2012

grrrrr

mud aku tak best
bila CRK tak dapat sah!
aduh
takkan gua nk ponteng kot? 
adeh
ini lah susahnye kalau dapat tempat yang jauh !!!