Thursday, June 4, 2009

untuk cinta hati abg

Perselisihan kita hanya kebetulan..
Mengenalimu sudah ku anggap satu takdir..
Ingin selalu aku berada di saat itu..
Di waktu itu..
Kau berkeyakinan untuk mencuri hatiku...
Lantas aku abdikan keyakinanmu di jiwaku...

Air mata semalam menjadi saksi..
Bertemu denganmu..
Membawa sejuta keindahan..
Melemparkan kekalutan...
Menceriakan kegembiraan kita bersama...

Bagaimana harus aku bicarakan lagi...
Hanya hati ini yang merasai dan mengetahui..
Segala yang aku pendamkan terhadap mu...

Telah banyak perubahan yang kau bawa dalam hidupku...
Ketulusanmu menggamit jiwa dan naluriku..
Aku menyayangi cerita semalam..
Kau dan aku...
Senyum menatap keindahan...

Harapan ku...
Kita sentiasa teguh..
Berlandaskan sebuah keikhlasan..
Sebekas kejujuran..
Serta berdiri di atas garisan adap dan syariat..
Semoga Allah s.w.t merahmati segalanya...
Dan..
Semoga segalanya berada dalam keadaan baik dan sempurna....
sayangku padamu,Nurul Fatin Ramli

by : art

blog kami

wah...blog kami sungguh cantik sekarang...hasil nukilan cik atin yang comel.lagipun,mmg de comel.hahahaha.sekrang de ngah tido.pun sangat comel.

peristiwa hari ini :
aku kena pergi pejabar pesuruhjaya sumpah untuk amik sain ttg insurang kehilangan motor aku.ada la dalam rm3000 dapat.ble la modify kete aku.hahahaha

penatnya....uwaaaaa

Kenapa Mesti Bosan

.salam.

Kenapa mesti bosan?
Susah betol hendak jawab soalan sempoi macam nie.
Kalau dah nak bosan, nak buat macam mana kan?
Bosan jugak..

Bosan betol kalau cuti. Tak best, terperap di rumah macam orang gilak. Eh! Orang gila pun keluar jalan-jalan. Habis tue, aku nie kira tahap lebih terok dari orang gilak mungkin. Dush! Tapi, aku tidak gilak okeh. Waras bin jaras lagi. (maksudnya masih sangat waras larh tue).

Tengok.
Entri nie pun macam bosan. Frown Kalau boleh belasah diri sendiri, sudah lama aku buat. Tengok, aku cuba untuk men-excited-kan diri sendiri. Haish.

Jom maen, nak?
Maen permainan membina ayat.
Jom! Jom!

b = Bini bapak aku sudah bangun!! Bila-bila masa sahaja mulutnya akan menyuruh aku serta adek-beradek masuk tidur. Oleh itu, sekarang aku perlu memasang langkah berjaga-jaga iaitu dengan membina ayat seperti "Baiklah mak intan payung musyuk wangi kuuuuu.."

o = Ohh perot. Tiba-tiba rasa kasihan pada perot sendiri kerana terbayang-bayang seperti perot tengah meminta makanan seperti pakcik kaki kudung kat pasar malam hari tue. Oh kasehan sangat pada perot.

s = Sms bakal mak mertua syok wooOo. Dia buka cherita thriller. Fuh! Penuh suspens. Kat tv mana ada cherita macam tue. Tapi, sori babes! Semua tue rahsia. Rahsia menantu vs mertua. Aik. Bila masa pulak aku kahwen, kahkahkah.Grin

a = Aku teringat pada selipar cumil aku kat luar. Rindu pulak. Hari ini tidak keluar langsung. So, tidak sempat hendak tengok selipar cumil aku tue. Kalau aku pergi tengok sekarang...erk..tak berani. Oh selipar. Aku akan mimpi kau pada malam ini.

n = Nak kencing sangat-sangat. Hehehe.

Okeh.
Aku ingin melunaskan aktiviti 'n'.
Jadi, aku hendak taip satu benda sebelum pergi.
. <--nampak tak aku taip titik?

by : AtiN

Monday, June 1, 2009

Bapa Diugut Bunuh

.salam.

Bapa Tegur Anak Suka Berfoya-foya Diugut Bunuh

KUALA TERENGGANU: Tidak boleh menerima nasihat orang tua supaya menghentikan tabiat suka berfoya-foya dan memberi tumpuan kepada kerja, seorang lelaki sanggup mengugut untuk membunuh ayahnya di hadapan orang ramai dalam satu kejadian di sebuah pusat hiburan di Paka, Dungun, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata dalam kejadian kira-kira jam 12.15 pagi di Kawasan Perindustrian Kampung Cacar, Paka, mangsa lelaki berusia 50 tahun juga seorang peniaga dari Kampung Tebing Tembah, bersama isterinya keluar rumah mencari anak lelakinya.

Anak lelaki mangsa dikatakan sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah dan sering ponteng kerja


Crying Haish. Anak-anak zaman sekarang sudah hilang rasa hormat. Sudah tiada adab berbahasa dengan orang tua. Mungkin ibu bapa kandung diibarat seperti member. Erk. Kalau diugut, barangkali bukan member anggapannya. Itu seperti musuh. Astagfirullah alazim. Inilah tanda akhir zaman.

Siapa yang salah? Crying

Soalan seperti ini tidak sepatot bermain di bibir masyarakat. Yang sepatotnya berlaku, ialah : kesedaran dalam diri para anak sendiri. Mengapa mesti wujud anak seperti tahi? Perlakuan dengan ibu bapa seperti terdapat jurang Mariana antaranya. Aku pasti, ibu bapa sudah mendidik sehingga ke lobang cacing. Engkau cakap, ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anak kandong menjadi orang? Ada ker ibu bapa yang hendak melihat anak kandung menjadi alien, tidak berguna ibarat sampah di dalam longkang?

Tetapi sayang. Sangat sangat sayang. Kerana anak kepalang ajar. Diajar a.y.a.m. Diejanya b.a.b.i. Memang dasar anak kepalang ajar. Atau lebih layak dengan perkataan KURANG AJAR.

Kenapa?

Tidak ada kesedarankah wahai makhluk bernama anak? Sepatotnya, selepas engkau dilahirkan, ibu bapa harus membunuh sahaja anak seperti ini. Tetapi, ibu bapa mana sanggup berbuat begitu? Kucing pun sayangkan anak. Inikan pula manusia.

Sedarlah wahai anak-anak. Ibu bapa hanya seorang. Bila mana engkau kehilangan mereka, engkau akan menyesali perbuatan engkau sehingga engkau mati.Frown

Ingatlah wahai anak-anak. Bila mana engkau berbuat kurang ajar, engkau turut akan merasai perbuatan itu bila engkau bergelar ibu bapa kelak. Tidak ada mustahil untuk engkau mengelak. Allah pasti membalas atas setiap perbuatan hambanya.


ps : Sepatotnya, anak perlu lahirkan ibu bapa, bukan ibu bapa melahirkan anak. Padan muka. Uwek StickingOutTongue

by : atin

kenduri

pada 31 mei 2009, aku dah ditugaskan oleh ayah aku untuk membawa abg ,akak n anak buah aku ke kenduri ayah awek abg aku yang berlangsung di dewan merdeka ,majlis pembandaran manjung.perjalanan agak memenatkan sal jauh sangat kene drive.ayah aku bilang dekat,realitinya ,jauh bangat.kat bawah ni ada beberapa keping gambar.jom layan


ayah awek abg aku ngan bini de


abg aku ngan awek de

abg aku ngan awek de lagi

bye : art