Wednesday, December 30, 2009
TaKzIaH
Aku ingin mencucapkan takziah kepada junior ak ilyana zafirah diatas permergian
ibunda beliau yang sudah meninggalkan keluarganya untuk selamanya...semoga naza tabah
tempuhi segalanya.dan kpd naza jugak...its ok kalau repeat...kejayaan bermula dengan
kegagalan
malam ni kekaseh ak g kl..sok ak gak g kl..dok hotel yang sama..hahahaha
dapat jugak bagi adiah kat dia...bukan ape...ak takut pegang lame takot hilang...
apapun aku doakan kekasih selamat :)
Tuesday, December 29, 2009
Alhamdullilah
ak bersyukur sangat kerana sayang ak dah lulus ujian kete...
ak gembira sebab de x takut lagi...tak pk ttg lesen ag
sayang
tahniah na..
i love u very much
ak ingin menyintai sayang ak selagi masih ada ruang dan masa untuk membuktikan ak
menyintainya..muahx sayang
Monday, December 28, 2009
TiDaK MeNeNtU
nape lah ak rase macam tidak keruan sangat ni
uwaaa
ya Allah tolong bg ak pedoman dan hala tuju
Tuesday, December 22, 2009
menghitung jari
lagi beberapa hari aku akan balik maktab
3 perasaan yang muncul pabila ak sampai maktab.dua daripadanya perasaan takot yakni takot
pada 2 benda yang berbeza.
yang pertamanya , takot kepada result peperiksaan sem lepas.ak x tau ak lepas ker x....tersangat
la takot....uwaaa help meeeeeeee.....
takot kedua plak...takot terhadap asrama yang akan diduduki....takot akan keselamatan .... baik
dari segi diri sendiri dan juga kenderaan...walaupun pencuri yang sebelum ni dah ditangkap
tapi ak ttp rase tak selamat kalau duduk kat amra atau ciku
perasaan yang ketiga , sudah semestinya perasaan gembira...sebab ak akan jumpe buah hati
yang dirindui..cuti ni ak x jumpe de langsung...uwaaaa..sedey tau..
harini plak , de sedang menduduki peperiksaan JPJ.kalau dapat de bawak kete baru...untung
gak ak...bole jimat minyak...hahahahaha
ok la syg,wat elok2 na, i miss u so much
Sunday, December 20, 2009
Happy Birthday
Hari ni,20 12 2009 adalah hari dimana awek ak telah menyambut besdaynye yang ke 22
semoga ayg dapat adiah banyak2,ucapan banyak2.
ak rase birthday de macam ada banyak makna sebab baru je beberapa hari kite telah
menyambut maal hijrah
semoga ayg dapat mencapai segala impian ayg pada tahun ni
belajar rajin2,skor yang terbaik
dan yang paling penting,kita akan menjalani praktikum,moga kita dimudahkan
perjalanan kita
amin
i love u sayang
Friday, December 18, 2009
AkU = BaHaGia
Aku harap abadi selamanya
Bukan bermaksud aku x pernah bahagia sebelum ini
Cuma kini aku semakin bahagia bersama cik Atin
Disini aku nk bagi tip macammane nk bezakan entri ak = encik art
dan juga cik Atin
Bezanya mudah,entry ak = tersangatlah tak bez
entry cik atin plak = tersangatlah bez
haaa...itulah bezanya
selamat beramal...kekekeke
Tuesday, December 15, 2009
Pink Merah Jambu
Uish. Lama jugak tak update blog nie.
Terok betol. Bersawang, sarang labah-labah.
Tidak sangkat spiderman sempat buat rumah kat blog nie.
AKU SEDANG MENGAROT MESTI ENGKAU TAK PAHAM.
Tak mengapa. Sila abaikan.
Saya sedang admire bilik merah jambu. Tengah berangan hendak bilik merah jambu. Chantek saaaangat. Tadi google 'pink bedroom' rasa macam hendak naek sawan. Sangat kiut dan comel Bunda bunda. Saya mahu bilik merah jambu yang comel.
Saya nak sharing is caring dengan engkau semua.
Kepada pink lovers sila naek sawan bersama-sama.
Sesungguhnya memang akan buat kamoo sawan tak hengat dunia.
Kepada pink haters sila layan jer. Sebab tiada gambar laen untuk anda tonton pada entri ini melainkan gambar pink sahaja. Sila pasrah. HarHarHar.
Monday, November 16, 2009
hari ni hari isnin
ak makan banyak sal rm8 ak dan ak membuat mee bandung...hehehehe
pastu lak
hari ni cam ak dah malas nak studi
exam nk dekat..tapi x berapa nk penting sal dalaman saje
hope exam senang je la
ak dah malas nk pk...ak pk nk balik umah je...x nk tensen dah
adpyai
Monday, November 9, 2009
Gud luk
kepada zuli...hapi bezday...have a better journey in ur life
kepada cintaku..nurul fatin..buat yang terbaik besok..doakan kita sama2 berjaya menempuhi hari esok walaupun sukar...
For all :
No matter how ur feel,
get up,
dress up,
and show up
bez of luck!!
by : Art
Saturday, November 7, 2009
aku terharu
de x penah sekali pun membuat ak TAK bahagia
sentiasa ada jer de buat ak senyum...terharu
x ader perempuan lain yang dapat menganti de
p/s : ak tak terima langusng kedatangan org yg nk mengutuk blog ak.blog ak...suka hati ak la nk wat cane pun.x puas hati?jumpa aku face to face.ni tak .penakot macam stalker tu.sial.macam aku x kenal.depan aku pura2 baik.
aku blank
masuk kanan kuar kiri
teramat tensen
tolong aku
im gonna fail this sem
Friday, November 6, 2009
help
kurang minat
x dak langsung rase nak studi
tapi sekarang ak rase takut sangat
tolong ak
by :Art
Wednesday, November 4, 2009
exam
teramatlah tertekan...sume member2 study.aku jer tak.kalau study pun..dah x ingat balik.teramat la tension :( .
Depression is the sorrow in your heart…
Depression is the feeling of being alone…
Depression is knowing your best isn’t enough…
Depression is knowing no one cares if your dead or alive…
Depression is the hate and anger you get when life is too hard…
Depression is when you feel like the worlds on your shoulders…
Depression is the feeling that you get when you get when you know
That what ever you do no one cares and it doesn’t matter…
Depression is knowing when you tried tried and tried again but failed…
Depression is knowing that when you are dead no one will even remember your name…
Depression hits hard and harder every day…
Depression is the feeling of dying slowly every day…
by : art
Sunday, November 1, 2009
back to penang
erm...balik nanti..ak nk kemaskan bilik ak supaya lebih kondusif untuk study...malas r tgk fb..macam2 perangai ada..meluat aku dibuatnye..lantak la apa angpa sume nak buat..jgn libatkan aku dah la..ak malas nk masuk campur...ish3
ak harap sangat sem ni habis cepat..menempuh sem depan..bermula la nightmare sebenar aku ...aku x bersedia nk jadi cikgu lagi walaupun guru pelatih..aduh..sangat tensen sih...takpa...dengan berbekalkan makanan..aku akan tempuhi jua walaupun manyak lagi makanan kat kantin sekolah..ish apa la ak merepek ni..pk makan jer..bak kate kekasih hati...perut ku umpama belly apa tah..hehehehe
p/s : kalau ak x bercakap...jgnla marah ek..idea ak x diterima pon walaupun aku siyes ketika memberi idea...x perla..dah nasib badan..almaklumlah..ak bukan pelajar yang pandai. :)
by : art
Friday, October 30, 2009
blah la
perangai sama je...cam sial... xgune punyer owg..bajet bagus..pandai jer kutuk owg len...x tgk diri sendiri,gampang cam sial...apa punye owg...cam hampeh..bajet bagus...lagi2...ada plak org tuh....bajet hebat...hahahahahaha
by : art
Wednesday, October 21, 2009
pulut durian
tersenyum lak aku bila aku teringat awek aku makan pulut durian dalam kete.de makan dalam kete sebab de x nak kasi bau satu blok pala bile de mula buka.hahahahahahaha comel sungguh.
waktu tengok de makan tuh, tengok de berselera sangat.syok tengok de makan.hahahaha.lagi sekali de sungguh comel bile de makan.
kat bawah ni aku buh la jugak cane nak wat pulut durian ataupun org perlis cakap puluit durian
Bahan-bahan ( 4 orang )
- 2 cawan beras pulut (di rendam lebih kurang 3 jam)
- 1 cawan pati santan
- 1 cawan air
- 2 helai daun pandan
- Garam secukup rasa
- Buah durian
- Gula Pasir (Untuk ditabur, jika suka)
- Untuk santannya: Masak santan bersama air, daun pandan dan garam. Kacau di atas api yang perlahan sehingga mendidih.
- Siap. Boleh di hidang. Cara nk makan: Pulut di gaul dengan santan, isi durian dan sedikit gula.
hari rabu = hari yang best
hari rabu pada semester ini merupakan suatu yang sangat indah pabila hari tersebut jarang2 ada kelas.tambah lagi , gerko dah abis.apa lagi bermaharaja lela la aku.cadangnye aku nak balik awal..tapi alih2 ada plak taklimat peperiksaan dan taklimat BI
mase taklimat peperiksaan itu,tetibe jer en mior mengumumkan pada seseorang, ada kesilapan angka giliran dan pelajar tersebut tidak lagi jumpa dia.terus aku teringat kejadian semalam bila amir tersilap tulih angka giliran.aku jadi gambra jugak .ak terus msg din aka iz aka rm8 ak
aku : din,apa yang cikgu tu cakap tadi?
din : de cakap ada sorang pelajar tu bernombor giliran 72,tapi ditulihnye 73.
aku terus g jumpe amir,de pun menerangkan keadaan yang sebenar.nasiblah x melibatkan aku.agpun,pada pendapat aku.amir tak bersalah,sebab aku pun dengar sorang pengawas tu cakap.ikut no meja.
erm...tetibe je aku malas nak menulih ag sal tangan aku sakit.cam ne lah nak baling cakera sabtu ni.aduyai
Monday, October 19, 2009
Exam = hate it
kan bagus kalau x dak exam
x der la aku pecah kepala pk macam2
ak terpk gak nk jadi yang terbaik
tapi x penah lagi tercapai
sebabnye
mestilah aku malas dan aku dah x nak belajar lagi
aduyai
takperlah
im just give my best
all the barrier , i dont care
im just pushing the limit :)
here i come
intimidasi polemik minda
menjangkau kemampuan jati
Sunday, October 18, 2009
Saturday, October 17, 2009
Cik Atin dan Bowling
Pagi semalam, sebelum pulang ke kampung halaman, aku maseh giat lagi pergi maen bowling di bukit jambul. Maen satu game sahaja, berentap bersama-sama kekaseh dan si adek. Mantap.
Cumaaaaaa... err. Hari itu mungkin hari hitam, gelap, malang, tidak dapat dilupakan, atau apa-apa jerlah yang sesuai untuk menggambarkan bahawa aku sangat MALANG pada hari tersebut. Aku memang pandai memalukan diri sendiri. Serius aku malu!
Engkau mesti tidak faham apa yang sedang aku beritahu. Ohh. Aku tidak pasti sama ada aku mnegambil tindakan bijak membongkar rahsia pakatan bertiga ini di sini atau tidak. Yang pasti, aku nak nak nak nak jugak cherita di sini. Untuk pedoman engkau sekalian lar.
Begini cherita nya...
Aku sangat excited maen bowling bagai orang separuh gila. Aku maen pakai bola saiz 8 sahaja. Itu bola paling ringan okeh. Hurm. Bola saiz 8 ada banyak kaler. Aku menjadi bertambah gila tengok bola pelbagai warna. Aku satu bola itu berwarna merah. Merah itu seperti menarek perhatian aku, jadi aku pun masukkan jari kecik aku nie pada lobang bola itu.
Kanak-kanak riang suka bermaen-maen. Aku pun suka bermaen-maen. Jadi aku hayun bola itu ke kiri dan ke kanan. Konon bagai seorang pro sedang mencuba bola sebelum digunakan. KONON lar. Tiba-tiba, (suddenly!!) bola itu terlepas dari jari aku. Bergolek-golek pergi ke belakang, menuju ke pintu keluar. Siap melantun lagi tue. Semua orang di situ pandang. Diulang.. . Apek penjaga kaunter pusat bowling itu pun bagai stuck tengok bola aku bergolek. Mamat di dalam pusat game bersebelahan sangat rajen untuk keluar meninjau bola itu. Argh! Aku sudah mula meroyan. Malu siot beb! Malu! Malu! Bodos bodos.
Apa lagi, aku menyeksa kekaseh pergi kutip bola. Makaseh, lebiuuu! Dalam kes ini, aku tidak salah okeh. Bola itu yang salah kerana berlubang terlalu dalam. Jari mulus ini tidak sampai. Aku memang tidak patot disalahkan. Apatah lagi jari mulus aku ini, tambah-tambah berdosa kalau menyalahkan ciptaan Allah. Jadi, jari mulus tidak patot disalahkan juga. Memang patot bola tuih tuih itu disalahkan. Lagi pun bola itu ciptaan manusia. Bodoh betol..argh!
Paling tidak boleh belah ialah kekaseh dan si adek. Boleh pandang jer bola lalu di hadapan mereka. Kalau ditahan bola itu, mungkin naseb aku tidak begini. Aku akan malu sehingga hari tua. Uwaa.
Moral : Jangan poyo hendak jadi pro, padahal engkau maen bowling masuk longkang jer. Nah!
Ini larh episod hitam legam bagai arang dalam hidup aku. Grr. Sangat memalukan.
by : CikAtin
Tuesday, October 13, 2009
menanti anugerah ilahi kepada ku
Sendirian aku
menagih sedekah cinta
Umpama
seorang pengemis di jalanan kasih
Orang kata
ak umpama secebis kertas
di atas jalan yang gah
dilanggar tidak mengapa
kehadiran aku di sana
tidak dapat membahagiakan semua
maaf dipinta
aku cuba menjadi yang terbaik
tapi nampaknya aku gagal
seperti salah seorang kawan bercakap kepadaku dulu... i am failure
Tuesday, September 22, 2009
Selamar Hari Raya Syg
Wednesday, August 26, 2009
Miss You
TO : Kekaseh paling comel di hati.
UCAPAN : OoooOO... mengata orang erk! Nak kena nie. Cakap orang kurus erk. (memang pon). Nak kena nie!! Nantikan penangan geletik daripada Cik Fatin super duper cute tiada tandingan. Wakaka.
FROM : Kekaseh hati sejati nurul fatin.
ps : i miss u so much
Monday, August 24, 2009
cintaku
waktu aku belasan tahun....aku selalu sedih bile aku ditinggal oleh ex aku
bile aku pandang ek aku...de x pandang....de toleh arah len
sedih wooo waktu tuh....
tapi sekarang...bile ada je perkara sedih menimpa ak
ak dah x sedey sal ada org menemani aku
bagi aku semangat...bagi aku senyum
orgnye lembut..kurus je...hehehe...cumel
sape lagi kalau x si gadis aku...atin
hehehe..love u
Saturday, August 22, 2009
cut
best gak bulan posa ni
bile wat tarawikh,aku rase tenang sangat,bile pandang masjid,aku rase tertarik
aku bangga ngan awek aku,fatin.De seronok wat ibadah,suke mengaji :) .love u syg.
erm....dah seminggu hp yang aku hadiahkan pada awek aku,dikebas org..sian kat awek aku n kesian kat aku jugak sal hp tu duit hasil simpanan aku.tpi x perla...cian de.last2 aku amik keputusan untuk jual hp express music aku n aku beli hp same ngan de..iaitu sony walkman w810.akhir dapat jugak aku guna hp same ngan de..walaupun keadaan hp yang aku beli tu agak kurang memberangsangkan..tapi x pela ... asalkan same ngan de :)
diharap pada bulan ramadhan kali ni...aku menjadi org semakin yang berguna :)
Monday, August 3, 2009
Cobaan pertama..hehehe
comment sket sape yang datang melawat tu....
Sunday, August 2, 2009
bidang baru
semalam baru je aku pegi pc fair
adalah beberapa barang yang aku dah beli
barang paling utama adalah canon 1000d
sebuah slr yang biase dan murah
ble la bagi aku untuk mencemburi bidang baru
iaitu bidang photograpi
mmg dah lama aku n atin rancang untuk jadi wedding photograper
dan kamera la yang menjadi penghalang untuk kami mencapai impian tu
sekarang dah ada
hope aku berusaha dan tidak mudah putus asa dalam bidang ni
amin
Monday, July 13, 2009
umah
susah betul...dengar kate kami nanti ( bbeudak maktab ) kene duduk kat luar
satu hal plak kene cari umah sewa n satu hal lagi..cari member yang sggup pelawa /terima pelawaan aku untuk dduk sekali....
bukan x cari...tapi car dowang pun aku dah faham... ( dowang x nak ) . x per...aku cube cari umah yg murah dan berpatutan.x pun..kalau dah darurat..aku berulang je la dari sp ke maktab...huhuhu
itu je la coretan kali ni setelah lama x updatekan blog ni
art
Sunday, June 14, 2009
Irama Bicara Buat Ayahanda
engkau pergi mencari rezeki.
Hari ini,
engkau pergi mencari rezeki.
Esok,
engkau masih mencari rezeki.
Sampai ke nafas hujung,
kau masih ligat mencari sesuap nasi,
mengerah keringat, membanting tenaga,
meredah segala liku-liku kehidupan,
demi kami,
bunga-bunga pujaan.
Duhai bapa,
kami sudah tegar pada rotan,
kami berkawan dengan leteran,
kami membesar dengan ketegasan kau,
tetapi, itu semua bukan alasan,
untuk kami menjadi syaitan,
bahkan sebenarnya, kami terdidik dengan berkesan.
Saat ini,
marah mu tiada lagi di sisi,
pukulan tidak lagi kurasai,
kerana engkau ingin kami berdikari,
lantaran senyuman mu,
masih belum pernah hilang.
Bapa,
di mata orang engkaulah sang singa,
di hati kami engkaulah pendita,
ketabahanmu menjadi tunggakku,
kekuatanmu mengalir dalam darahku.
Tika aku longlai,
engkau menghampiri,
menyuntik dos ketenangan,
lantaran berkata :
'Tidak ada sesiapa yang kuat selain anak abah.'
Kupegang semangatmu, bapa!
Bapa,
bukan niatku untuk menempah kata-kata pujian,
bukan niatku untuk bersikap hipokrit,
tapi aku ingin sekali mengucapkan kalimat ini,
walaupun ia tiada nilai,
andai dibanding dengan pengorbananmu,
dengan ikhlas dari sanubariku,
selamat hari bapa, ayahanda tercinta.
Mungkin ada yang mengatakan puisiku ini hanya sekadar kata-kata tanpa makna, maka terpulanglah kerana bagiku ini adalah antara aku dengan bapaku. Terima kasih, ayahanda kerana telah menjaga Bonda yang terlantar sakit sejak 9 tahun yang lalu. Jelas, engkau tidak pernah jemu menabur kasihmu.
Sekali lagi
SELAMAT HARI BAPA, duhai abah tercinta..
Tuesday, June 9, 2009
Tips Kecantikan
Semua orang mahu kelihatan chantek. Siapa yang tidak mahu chantek? Tapi, kan bagus kalau chantek itu secara semula jadi. Maksudnya chantek itu lahir daripada sekeping hati yang bersih dan suci. Okey larh. Aku seperti mengarut entah apa-apa. Ini aku beri tips untuk chantek. Cuba tau...
1- Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik.
cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan
langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri.
Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.
2- Untuk menghilangkan stress.
Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah ada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
3- Untuk pelembab, agar awet muda.
Gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
4- Untuk punya bibir cantik.
Bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
5- Agar tubuh langsing, mulus.
Diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS iaitu selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan
air putih.
6- Untuk menjadi popular.
Sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Source : www.iluvislam.com
by : atin
agak2..comel ke .. x comel
kowang tengok macam ape?hehehehe..comel kan biskut di atas ini...x nak makan pun ada .nak simpan dalam bekas biskut unutuk raya nanti :P
Sunday, June 7, 2009
HePi BiRthdaY
Hari ini, 7 jun 2009 kan?
Cuba teka hari ini birthday saper?
Cepat teka.
Teka, teka..
Klu?
Boleh, boleh.
Matanya bundar.
Hidungnya seperti jambu.
Mulutnya kaler pink, manis jer.
Rambutnya sedikit kerinting.
Kulitnya ala-ala putih.
Berlesung pipit, sweet sangat.
Okeh. Klu sudah tamat. Sekarang cuba larh teka.
TET! Masa sudah tamat.
Hatinya baik.
Sangat sayang kepada kekasih nya. (dia cakap!)
Dia ialah dia.
Dia ialah pengarang jantung saya.
Dia ialah chenta hati saya.
Dia larh jiwa saya.
HappY BirthdaY SayanG
ke 22
i u
by : atin
Saturday, June 6, 2009
cerita yang bisa hilangkan ngantuk
Suatu hari..seorang Makcik menyewakan salah satu biliknya
untuk seorang pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnyer..
Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la..
Malam tu..
Time penyelidik tu nak mandi..maklum ler bilik air kampung..
Dah tu dia tu..hensem lagi..muda lagi..
Makcik tu pun "semacam" ler..dia pun nak pi ngendap si anak muda nie mandi....
Makcik nie kantoi sekali..oleh pemuda tu..
Kali keduanya pun kantoi..nak ngendap nie..
Kali ketiganya..pemuda tu naik bengang dan bagi warning..
" Kalau makcik ngendap saya sekali lagi...saya rogol makcik!!!"
Kemudian..makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata...
" JANJI TAU..!!"..
================
Burung Spesel
Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil , membawa burung kakak tua yang sangatlah spesel..
Si isteri bertanya..pada si suami...
" Abang..buat aper beli burung tu..?! Kan mahal tu..!"
Suami menjawab..
" Ala takper..burung ni spesel..tengok nie.."
Suaminya mengangkat tangan kanan dan memetik jarinya...burung itu terus menyanyi lagu POP..
Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak..
Si suami..berbuat demikian dan memetik jarinya.. dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula..
Si isteri pun suka dan bertanya..
" Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner..?"
Suaminya menjawab.." Awak cuba la buat.."
Si isteri mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya..lalu..burung itu pun berkata...
" SATU SATU LAH, BODOH..!!! "
==================
mengandung anak gajah??????
Seorang lelaki yang badannya gendut naik kereta
api. Penumpang sangat penuh maka lelaki itu
terpaksa berdiri. Dia merasa ada yang
menyenggolnya lalu lelaki itupun melihat
kebelakang. Ada seorang ibu hamil yang juga
sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka
lelaki bertanya pada wanita itu :
Lelaki: Hi... kakak hamil ya ?
Ibu hamil : Iya udah tahu tanya lagi (kata wanita
dengan nada kesal)
Lelaki: Isinya orang ya, kak ?
Ibu hamil : Iya (dengan nada kesal, lalu
bertanya)Encik hamil juga ya?
Lelaki: Iya (Sambil ketawa)
Ibu hamil : (Karena merasa jawaban lelaki itu
tidak sopan dia melanjutkan pertanyaannya) Isinya
orang ya?
Lelaki: Bukan, isinya anak gajah (sambil ketawa lagi).
Ibu hamil : (terkejut, lalu ketawa)
Lelaki: Laa... kenapa ketawa? (dengan bingungnya)
Ibu hamil : Oh isinya anak gajah, ya... patutlah
belalainya keluar( sambil menunjuk seluar lelaki
yang lupa dikancing)
Lelaki:???????????
=============
Skandal Doktor
Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.
Ia pulang ke rumah dengan wajah muram.
Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang
Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,
"Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim
dengan pesakit terjadi di mana-mana.
Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang."
Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi
itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.
Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,
"Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual
antara doktor dan pesakitnya."
Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih...
Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,
"Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan"
a
Sorang taukeh kedai restoren sedang mengira pinggan mangkuk di kedainya...
- 13 mangkuk pecah
- 5 mangkuk retak
- 2 mangkuk hilang
DAN....
- 1 mangkuk hayun sedang baca email ni.....
daa...pegi buat keje.....takde keje lain ke 2...asyik tgk email jer.... ekekekekeekekeke
Maafkanlah
"Apabila dia melakukakn kesilapan
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..
akhirnya kamu kecewa meninggalkan.
Sedangkan jika kamu memaafkannya
boleh jadi hubungan kamu
akan berterusan hingga ke akhirnya.."
by : Atin
Friday, June 5, 2009
diari ari ini
pastu,aku teman ayh aku g bank.bayar duit kete de.mahal tuh.bulan2 rm 750.kereta persona SE.mmg cantik la kete tuh.cume dashboard de x banyak berubah dengan gen 2.pas bayar kat bank, aku g maybank lak.dengan harapan dapat bukak akaun.tapi,jawapannye, x boleh.aduyai
pas g maybank, g hong kong bank plak.adus.banyak betul bank.tujuan de , untuk bayar duit kredit kad.pas abis bayar,aku g kedai baju plak,nak baiki baju ayah aku yang rosak.lepas tuh plak.menuju ke restoran untuk mencari makanan tengahhari.aku makan nasi kandar.bosan giler,tapi nak wat cane.huhuhu
itulah kisah aku waktu pagi.waktu petang lak,aku baiki paip bilik air dan tukar lampun bilik aku yang dah terbakar.pas semua keje tuh,aku duk lepak sambil mengadap laptop dan main plurk dan buat kuiz dalam face book.hikhikhik
itulah keje aku setakat petang ini.harap maklum :)
by : art
Thursday, June 4, 2009
untuk cinta hati abg
Mengenalimu sudah ku anggap satu takdir..
Ingin selalu aku berada di saat itu..
Di waktu itu..
Kau berkeyakinan untuk mencuri hatiku...
Lantas aku abdikan keyakinanmu di jiwaku...
Air mata semalam menjadi saksi..
Bertemu denganmu..
Membawa sejuta keindahan..
Melemparkan kekalutan...
Menceriakan kegembiraan kita bersama...
Bagaimana harus aku bicarakan lagi...
Hanya hati ini yang merasai dan mengetahui..
Segala yang aku pendamkan terhadap mu...
Telah banyak perubahan yang kau bawa dalam hidupku...
Ketulusanmu menggamit jiwa dan naluriku..
Aku menyayangi cerita semalam..
Kau dan aku...
Senyum menatap keindahan...
Harapan ku...
Kita sentiasa teguh..
Berlandaskan sebuah keikhlasan..
Sebekas kejujuran..
Serta berdiri di atas garisan adap dan syariat..
Semoga Allah s.w.t merahmati segalanya...
Dan..
Semoga segalanya berada dalam keadaan baik dan sempurna....
sayangku padamu,Nurul Fatin Ramli
by : art
blog kami
peristiwa hari ini :
aku kena pergi pejabar pesuruhjaya sumpah untuk amik sain ttg insurang kehilangan motor aku.ada la dalam rm3000 dapat.ble la modify kete aku.hahahaha
penatnya....uwaaaaa
Kenapa Mesti Bosan
Kenapa mesti bosan?
Susah betol hendak jawab soalan sempoi macam nie.
Kalau dah nak bosan, nak buat macam mana kan?
Bosan jugak..
Bosan betol kalau cuti. Tak best, terperap di rumah macam orang gilak. Eh! Orang gila pun keluar jalan-jalan. Habis tue, aku nie kira tahap lebih terok dari orang gilak mungkin. Dush! Tapi, aku tidak gilak okeh. Waras bin jaras lagi. (maksudnya masih sangat waras larh tue).
Tengok.
Entri nie pun macam bosan. Kalau boleh belasah diri sendiri, sudah lama aku buat. Tengok, aku cuba untuk men-excited-kan diri sendiri. Haish.
Jom maen, nak?
Maen permainan membina ayat.
Jom! Jom!
b = Bini bapak aku sudah bangun!! Bila-bila masa sahaja mulutnya akan menyuruh aku serta adek-beradek masuk tidur. Oleh itu, sekarang aku perlu memasang langkah berjaga-jaga iaitu dengan membina ayat seperti "Baiklah mak intan payung musyuk wangi kuuuuu.."
o = Ohh perot. Tiba-tiba rasa kasihan pada perot sendiri kerana terbayang-bayang seperti perot tengah meminta makanan seperti pakcik kaki kudung kat pasar malam hari tue. Oh kasehan sangat pada perot.
s = Sms bakal mak mertua syok wooOo. Dia buka cherita thriller. Fuh! Penuh suspens. Kat tv mana ada cherita macam tue. Tapi, sori babes! Semua tue rahsia. Rahsia menantu vs mertua. Aik. Bila masa pulak aku kahwen, kahkahkah.
a = Aku teringat pada selipar cumil aku kat luar. Rindu pulak. Hari ini tidak keluar langsung. So, tidak sempat hendak tengok selipar cumil aku tue. Kalau aku pergi tengok sekarang...erk..tak berani. Oh selipar. Aku akan mimpi kau pada malam ini.
n = Nak kencing sangat-sangat. Hehehe.
Okeh.
Aku ingin melunaskan aktiviti 'n'.
Jadi, aku hendak taip satu benda sebelum pergi.
. <--nampak tak aku taip titik?
by : AtiN
Monday, June 1, 2009
Bapa Diugut Bunuh
Bapa Tegur Anak Suka Berfoya-foya Diugut Bunuh
KUALA TERENGGANU: Tidak boleh menerima nasihat orang tua supaya menghentikan tabiat suka berfoya-foya dan memberi tumpuan kepada kerja, seorang lelaki sanggup mengugut untuk membunuh ayahnya di hadapan orang ramai dalam satu kejadian di sebuah pusat hiburan di Paka, Dungun, Khamis lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata dalam kejadian kira-kira jam 12.15 pagi di Kawasan Perindustrian Kampung Cacar, Paka, mangsa lelaki berusia 50 tahun juga seorang peniaga dari Kampung Tebing Tembah, bersama isterinya keluar rumah mencari anak lelakinya.
Anak lelaki mangsa dikatakan sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah dan sering ponteng kerja
Haish. Anak-anak zaman sekarang sudah hilang rasa hormat. Sudah tiada adab berbahasa dengan orang tua. Mungkin ibu bapa kandung diibarat seperti member. Erk. Kalau diugut, barangkali bukan member anggapannya. Itu seperti musuh. Astagfirullah alazim. Inilah tanda akhir zaman.
Siapa yang salah?
Soalan seperti ini tidak sepatot bermain di bibir masyarakat. Yang sepatotnya berlaku, ialah : kesedaran dalam diri para anak sendiri. Mengapa mesti wujud anak seperti tahi? Perlakuan dengan ibu bapa seperti terdapat jurang Mariana antaranya. Aku pasti, ibu bapa sudah mendidik sehingga ke lobang cacing. Engkau cakap, ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anak kandong menjadi orang? Ada ker ibu bapa yang hendak melihat anak kandung menjadi alien, tidak berguna ibarat sampah di dalam longkang?
Tetapi sayang. Sangat sangat sayang. Kerana anak kepalang ajar. Diajar a.y.a.m. Diejanya b.a.b.i. Memang dasar anak kepalang ajar. Atau lebih layak dengan perkataan KURANG AJAR.
Kenapa?
Tidak ada kesedarankah wahai makhluk bernama anak? Sepatotnya, selepas engkau dilahirkan, ibu bapa harus membunuh sahaja anak seperti ini. Tetapi, ibu bapa mana sanggup berbuat begitu? Kucing pun sayangkan anak. Inikan pula manusia.
Sedarlah wahai anak-anak. Ibu bapa hanya seorang. Bila mana engkau kehilangan mereka, engkau akan menyesali perbuatan engkau sehingga engkau mati.
Ingatlah wahai anak-anak. Bila mana engkau berbuat kurang ajar, engkau turut akan merasai perbuatan itu bila engkau bergelar ibu bapa kelak. Tidak ada mustahil untuk engkau mengelak. Allah pasti membalas atas setiap perbuatan hambanya.
ps : Sepatotnya, anak perlu lahirkan ibu bapa, bukan ibu bapa melahirkan anak. Padan muka. Uwek
by : atin
kenduri
Sunday, May 24, 2009
Tuesday, May 19, 2009
Sunday, May 17, 2009
balqis
rini aku mengambil kesempatan walaupun ngah baca buku.hehehe.aku nak cite sal picnic aku ngan atin dan keluarga dekat giant kelmarin.alkisahnya,ayah aku nak datang konon nye nak lepak je kat maktab ngan aku seta atin.tapi lain jadinye bila mak aku nak g giant.aku pon bawak la.dalam perjalanan tuh,anak buah aku yang sulung merangkap Nur Balqis Amni membuta je dalam kete.Menurut maknye, de x tido tapi de ngah praktikkan ilmu ttup mata dikala merajuk suatu hari nanti.Sampai je giant, de terus bukak mate.segar bugar aja.masuk jer giant ayah n mak aku nak pegi makan piza.heheh..berbunha hatiku.Lama x makan pizza.dalam pizza tuh,seronok tengok gelagat cik qis ni.comey bangat.kat bawah ni aku letak gambar cik qis.selamat melihat.
by :art
Sakit Kepala
Alolo. Kenyang sudah perot nie. Rasa seperti bawak budak. Erk. Belom kawen okeh.
Semalam di belanja PIZZA. Engkau tahu, aku kalau dapat PIZZA rasa hendak sujud syukur tak bangun-bangun. Sekarang, musim tiada fulus. Dapat makanan orang kaya jangan hendak tolak. Bila dapat, sila teros pelahap masuk esafagus. Biar peristalsis berlaku tanpa menolak walau sesaat untuk berfikir. Argh. Apa lagi, jangan tolak rezeki. Telan saja.
Okeh.
Semalam jugak seronok sebab dapat maen dengan budak umor 1 tahun. Err, tapi mental aku masih waras la. Walau bermain dengan budak umor 1 tahun, itu tidak bermakna mental aku seperti dia. Hello! Seronok larh weh. Boleh tak hendak sewa baby? Sewa satu hari sahaja. Huk. Buang tabiat.
Exam
Maha mengetahui hanya Allah.
Gila hendak mati bila proses studi bermula.
Semua penyakit datang. Penyakit migrain-baru-hendak-jadi.
Penyakit sakit hati.
Penyakit sakit otak.
Penyakit tido. Aik?
Tengok. Macam-macam penyakit ada.
Cuma tidak lagi datang penyakit gila.
Haish. Minta lindung Allah.
Sebot penyakit, teringat pula penyakit popular tahun ini.
SELESEMA BABI. Haish. Jangan mencarot.
Okeh. Tukar.
SELESEMA KHINZIR. Sopan sikit.
Penyakit ini sudah sampai di Penang, Perlis.
Haish. Takot nyer. Doa banyak-banyak.
Kekaseh aku tengah sodap jer tido.
Tak adil betol.
Tak adil! Tak adil!
Okeh, jangan dengki kepada kekaseh sendiri.
ps : Sleep tight dear.
BY : ATIN
Buat dinda :)
Tika ku jatuh tersungkur kau bangunkan
Ku bersyukur kerana dikau ada
Kau buat hidup daku sempurna
Tika ramai yang membenci ku kau sayangi
Tika ramai yang memuji kau mengerti
Masa ku bukan hanya milik kita
Tetapi untuk dikongsi semua
Andainya kau tiada aku kan parah
Kehilangan arah dan hancur rebah
Kaulah segalanya makna kehidupanku
Oh tuhanku tolonglah beriku restu
Ku dalam pelukannya di saat itu
Saat daku dipejamkan mataku
Kau beri ku kekuatan bila tertekan
Beri yang ku perlu dan cintamu
Aku yakin akulah jejaka
Yang paling bertuah di dunia
Semoga dia bersama
Saat daku pejamkan mata
Saat daku pejamkan mataku
Oh Tuhanku biarlah dia di situ
Oh Tuhanku biarlah dia di situ
Menemani diriku
Saat daku pejamkan mataku
Diriku ingin bersama ke akhirnya
Dan bila daku melamar katalah iya
Hanya itu saja ingin ku dengar
Ku kan ikhtiar terbaiknya untukmu
I love u gal
malasnya nak study
Ya Allah,kembalikan kekuatan aku :(
seronok sangat waktu zaman muda3..tambah2 time matrix,seronok sangat blajar,almamklum,tiap2 hari member ajak studi,tambah2 rm9 mmg jenis yang pgg buku24 jam.Alhamdullillah ketiga3 berjaya,firdaus pg ukm major in account,dwen pergi usm major in kejuruteraan bahan,din usm gak major dalam mechanical.gud luck to u
kat sini aku nak ucapkan selamat hari guru kepada
- semua cikgu sek rendah terutama Pn Rosnah dan Pn katy
- ciksu sek menengah ,Pn Lee,Pn Teoh,Ustzh Katy,En firdaus, dan Pn lee seok keow
- cikgu m3x , En Sidi ( mentor ) ,Pn Raja, En Ibrahim , dan En Daniel
Friday, May 15, 2009
salam semua
cian sama mereka...dua laptop sudah dicuri .dilaporkan oleh pihak media,mereka masih lagi dalam keadaan trauma.same2 lah kite doakan keselamatan mereka
adios