Sunday, June 14, 2009

Irama Bicara Buat Ayahanda

Semalam,
engkau pergi mencari rezeki.

Hari ini,
engkau pergi mencari rezeki.

Esok,
engkau masih mencari rezeki.

Sampai ke nafas hujung,
kau masih ligat mencari sesuap nasi,
mengerah keringat, membanting tenaga,
meredah segala liku-liku kehidupan,
demi kami,
bunga-bunga pujaan.

Duhai bapa,
kami sudah tegar pada rotan,
kami berkawan dengan leteran,
kami membesar dengan ketegasan kau,
tetapi, itu semua bukan alasan,
untuk kami menjadi syaitan,
bahkan sebenarnya, kami terdidik dengan berkesan.

Saat ini,
marah mu tiada lagi di sisi,
pukulan tidak lagi kurasai,
kerana engkau ingin kami berdikari,
lantaran senyuman mu,
masih belum pernah hilang.

Bapa,
di mata orang engkaulah sang singa,
di hati kami engkaulah pendita,
ketabahanmu menjadi tunggakku,
kekuatanmu mengalir dalam darahku.

Tika aku longlai,
engkau menghampiri,
menyuntik dos ketenangan,
lantaran berkata :
'Tidak ada sesiapa yang kuat selain anak abah.'
Kupegang semangatmu, bapa!

Bapa,
bukan niatku untuk menempah kata-kata pujian,
bukan niatku untuk bersikap hipokrit,
tapi aku ingin sekali mengucapkan kalimat ini,
walaupun ia tiada nilai,
andai dibanding dengan pengorbananmu,
dengan ikhlas dari sanubariku,
selamat hari bapa, ayahanda tercinta.

Mungkin ada yang mengatakan puisiku ini hanya sekadar kata-kata tanpa makna, maka terpulanglah kerana bagiku ini adalah antara aku dengan bapaku. Terima kasih, ayahanda kerana telah menjaga Bonda yang terlantar sakit sejak 9 tahun yang lalu. Jelas, engkau tidak pernah jemu menabur kasihmu.

Sekali lagi
SELAMAT HARI BAPA, duhai abah tercinta..

3 comments:

Anonymous said...

Sekadar nasihat & peringatan sesama muslim.

Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

View Profile: Rantong™

syura said...

i sgt terharu bc post u..

Budak Hati said...

yeke syura..thanx :)