salam sume..
post ini aku tujukan kepada sume guru-guru di malaysia dan juga bakal2 guru.
Kalau kita baca tajuk diatas, jelas aku katakan bahawa, guru bukan lagi ibarat lilin.tetapi umpama matahari yang menyinari sekelian alam walaupun mengeluarkan ion-ion , tapi ianya tetap memberi cahaya kepada manusia.
Jikalau guru hanyalah ibarat lilin, cahayanya tidak dapat menyinari jauh dari nya. dibaratkan, seorang guru yang tidak mampu mengajar banyak murid di dalam satu kelas dan tidak mampu mengawal kelas..adakah itu seorang guru ? sudah tentu tidak
Jikalau guru umpama matahari , ianya dapat menyinari sekian alam ,termasuk la sang bulan yang memantulkan cahayanya.maksudnya, guru haruslan mampu meyampaikan ilmu kepada ramai orang termasuklah masyarakat sekeliling.Itulah guru yang kita mahu.
Jadi, aku kini masih dalam proses pembelajaran untuk menjadi seorang guru yang hebat.walaupun tidaklah sepopular kerjaya dokter, jurutera, .Aku tetap ingin menjadi seorang pendidik.aku bangga menjadi seorang guru
Selamat hari guru aku ucapkan kepada pendidik-pendidiku di
-Sekolah kebangsaan tunku ismail
-sekolah menengah kebangsaan khir johari
-kolej matrikulasi pulau pinang
-uitm machang
-INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG
No comments:
Post a Comment