Saturday, August 21, 2010

Layakkah cikgu?

sebuah sajak ciptaanku sendiri untuk semua kanak-kanak comel yang pernah menjadi anak muridku ( SK sungai nibong, sk taman intan , sk petani jaya , sk taman ria jaya , dan sk ayer itam )

Sebuah kata tercipta
daripada seorang guru
kepada anak-anak muridnya

layakkah cikgu
menjadi pendidikmu
bila mana cikgu tidak berupaya mendidikmu

layakkah cikgu
menjadi perangsangmu
bila mana cikgu sendiri lemah didalam emosi

layakku cikgu
menjadi pencetus mindamu
bila mana cikgu gagal didalam kehidupan

kata orang
seorang cikgu yang baik
dibenci oleh anak didik mereka
jadi
layakkah cikgu
menjadi pendidikmu
bila mana cikgu terlalu sayang pada kamu
sehinggakan tidak mampu untuk menjadi tegas terhadapamu

kata orang lagi
seorang guru yang cemerlang
tidak manjakan anak didiknya
jadi
layakkah cikgu
menjadi pendidikmu
bila mana anak murid cikgu sudah menjadi seperti sebuah keluarga?

kata sekeping hati dari dunia berbeza
mengatakan cikgu tidak layak menjadi pendidik
bila mana cikgu terlalu syg kepada anak murid cikgu

anak-anak muridku
maafkan cikgu jikalau tidak dapat membentuk kalian
tidak dapat merangsang minda kalian
tidak dapat membentuk peribadi kalian
tidak dapat menunjukkan pekerti mulia
ini kerana
didalam intuisi cikgu
adakah cikgu layak menjadi seorang cikgu :(

inilah sajak ciptaan aku sendiri. maafkan ak kalau mmg dah tak jadi macam sajak pon. tika ini , aku down sangat. dengan pelbagai masalah.maafkan aku kepada sume yang terlibat.salam

No comments: