Sunday, October 31, 2010

hujan...also known as ....rain

salam sume
masuk hari ni
dah tiap2 hari ujan sejak aku balik. aku suke ujan..tak tau nape. maybe sebab sejuk kot.hahaha. aku suke sejuk kesan dari ujan.aku tak suke sejuk air cond or sejuk angin yang kuat. kalau sejuk air cond, penuh ngan kimia.ble sakit o ak nanti ( tah betul ke x fakta ni ) . kalau sejuk angin, rosak rambut aku.hahahaha. tapi kalau nk compare sejuk aircond n angin. aku suke sejuk angin.bukan angin dari badan taw.hehehe

aktivti yang aku suke wat waktu ujan adalah :

i ) study..yeah! (konon)
ii) tengok ujan
iii) bau ujan ( tu dulu )
iv) bawak kete kat highway
v) menari eh..silap point
vi) last sekali...baru tido...hahaha

p/s : tak leh study...

Seniority

salam sume.
hari ni..terdetik plak ak nk coretkan ttg senior n junior kat maktab ak ni...bukan la nk kepoh sangat sal senior ni.cume aku rase kat maktab aku ...nilai n kuase senior tu cam dah tak de.cube bayangkan...junior biadap ngan senior. bukan ape la kan. at least..show some respect to the elders.
mengimbas kembali cite yang aku dengar daripada kawan :

budak kerek junior : ....beliau telah memasang lagu ngan kuat di biliknye
si mangsa keadaan : wahai juniorku , sudikah kiranye dikau menslowkan sket lagu dinda itu, bukan apa, harikan sudah menjelang maghrib.tidak sedap didengar orang.
bukak junior : suka hati aku la... ko sapa nk tegur aku ( lebih kurang camnilah ayat de ).....
si mangsa keadaan pretend cool : ............................... dalam hati ...waklu!!!

p/s : seperti biasa , skrip diatas di modify sket ,bertujuan untuk menghasut para pembaca...hahahahaha

so..kowang ble la intepret sendirik ok..klau tak gheti...jom sama2 wat item analysis..okeh..gua merepek..dush...

kesimpulannye..aku rasa ..budaya ragging ni nak kena ada balik la..baru ble kenal2 junior.. :) peace

Friday, October 29, 2010

picnic yang best




salam sume..
beberapa dekad hari yang lepas. aku dengan geng2 seangkatan aku yang gila2, telah membuat rombongan cik kiah ke sukan komenwel ke pantai merdeka n tupah.mmg best la asbab ada nye aku.hahahahaha..

aku hope n berharap dapat lagi berjalan ramai2 macam ni.sal aku sangat suke dan kami hanya tinggal lagi setahun untuk bersama menghadapi susah senang kehidupan IPG.


Salam sume
erm..aku baru je pas jalan2 dekat fb kawan aku.tub tub tub tub tub tub aku tgk ada satu video ni.Seram sejuk gak aku tgk. alkisahnye , ttg pembentukkan puting beliung.tapi tak jadi lagi la. mmg mengerunkan aku tengok sal tak penah lagi dengar sal puting beliung ni.kalau ada pun..yang kecik2 je yang berupaya menerbangkan bungkusan2 gula2, paper dan sume benda ringan2 la.

yang aku tau la kan, puting beliung ni terjadi sebab angin panas bertemu angins sejuk dan depa2 dua berasmara dana , berputar2.apabila timbul perbezaan tekanan, maka jadilah puting beliung. berdasarkan video ni, sore tu sore kawan ak.nasib bek rakyat perlis selamat.nasib baik gak cik gadis selamat.Alhamdulillah.

p/s : dunia dah nk kiamat weh

Monday, October 25, 2010

Lirik maafkan teman

Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang

Bertahun kita melangkah bersama
Sela cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina

Semoga kitakan dirahmati
Oh teman....

Sebab ikram post lirik lagu dalam blog de..aku pun nk jugak.aku suke lagu ni. tajuk de maafkan teman daripada kumpulan nasyid far east.

memikirkan aku ada lagi setahun di maktab ni..kadang2 awat aku sebak.mmg dulu aku pernah sedih ngan kawan2...tp itu cite dulu dan mudah aku lupakan sebab banyak kenangan indah bersama kawan2. kene denda ramai2, kene maki ramai2 mase sambutan merdeka dulu,tunggu bas rosak tengah jalan masa BIG kite tak lame dulu.argh..aku akan rindukan semua itu.kdg2 ada mengatakan , tak bosan ke hidup maktab 5 tahun setengah..tapi bile pk balik..kehidupan kat maktab ajar aku erti persahabatan, pahit manis tempuh bersame....



Saturday, October 23, 2010

K,O.T

Salam

hari ni merupakan hari K.O.T. Alhamdullillah abis ngan jayenye sebab adanye aku di padang. kalau takder.. kompem tak meriah majlis nih.ahaks. aku dalam kul 7 tu dah gerak. dengan hati yang waja dan mantap, aku hingin nk tgk majlis pembukaan. lagipun aku kene ubah kete.karang tak pasal2 kene saman. dah la ngah tak dak duit. nk makan pun kene kontrol.aish.

dah ubah kete tu. aku g la kat padang maktab tercinta itu. cari pot untuk pengawai2 macho dan cantik macam kami2 ni. best gak la kan dapat view yang shantek. then datang la pengarah maktab.bila beliau dah sampai maknenye acara dah nk mula la kan. dimulakan dengan perarakan masuk kontigen yang terlibat. sume ok cume KRS ja cam pelik jerk kan.Ok. abaikan KRS.ahaks. sebenarnya aku tak dak tugas pun sebab sume dah setel hari selasa ari tu.So ari ni just datang tolong kawan sket2, snap gambar n amik pingat.

Ok la kan.at least aku dapat jugak menyumbang mata kat umah sukan ak.Umah helang.dapat la 2 medal daripada aku tak dapat langsung kan. ada juga la product dari maktab yang dapat aku jadikan kenangan bile dah abis maktab ni. Yang paling bes dari KOT ni bile umah helang sapu habis sume pingat2 penting.hehehe..yeah..helang memang mantap.Yeah!

Friday, October 22, 2010

Dari balik pulau ke padang kota

salam ..
ari ni aku dah melakukan perjalanan ke rahmatullah ke balik pulau.pada mulenye je la. asbabnye tingin nk makan laksa kat sane. walaupun tak sedap mane.aku tetap p. geraknye lepas jumaat.dalam kul 3 macam tu la rasenye. menaiki kereta pajero aku yang berkapasiti kancil tu. aku pecut kot belakang bj.dekat2 ngan paya terubong tu. jalan de...pergh..memang gempak la..kalau aku bawak..mesti owg yang bikin cerite initial d tu.import aku untuk berlakon cite de..macam ulor.

dah sampai sane..aku , ikram , adik de , n cikgadis order la set lakse rm3.00.ngan aku lak ada side dish.. goreng pisang yang nipis dan padat ngan isinye.ahaks. dalam2 dok makan tu..ble lagi dok gosip2..pasal pensyarah la...makan la...kekasih hati..abg bomba...ada brader terhantuk dekat board la..macam2..

pastu an.. aku ngan rakan2 seliwat sejawat aku , p la gerak ke padang kota lama. tujuan de sebab nk tangkap ikan gambor. dalam perjalanan tu..cam2 gaya wat..melekat la..duduk la..melompat la ..macam2 hal.jumpe la kawan lame aku..yang selalu dok berlakon kat tv.abg piee. de pun dah kurus..cekung je..cian plak kat de.takpelah..aku pun abaikan de..sebab de ngan berlakon kot. agak lama la kami menshut2 ni..dekat maghrib baru nk balik.sib baik sempat asar kat bilik.hik2


Sunday, October 17, 2010

kejadian ari ni

salam sume
pagi tadi aku sampai maktab2 kire2 dalam kul 7 pagi
saje balik awal...sebab kat umah tak dak owg..so...aku amik la keputusan tak nak dok umah lelame

dalam pala otak..mmg nk p jalan2 ...release tensen..memikirkan tanda menda nk study sebab tak tau apa nk study. ajak la si ikram g makan dulu . n then timbol lak dialog ni

budak hati : ikram...ang free x?
ikram : nape bro macho abg ad?
budakhati : jom p borders
ikram : jom2

lepas makan jer.. aku pun terus menekan minyak2 kereta kancil aku berbody kit ferrari tu ke queenbays.lepak la kat borders. aku belek2 la majalah kamera.. mmg nk aim beli 60d.cam best ja...si ikram lak bace majalah media..

lepak lama la jugak kan... then..tetibe tercetus idea nk p berkaraoke.aku pun setuju je la kan.gerak plak ke bukit jambul.sampai sane..aku tegok kete terlalu ramai..pusing la bj tu 4 kali.baru jumpe parking.

aku dan si ikram pun bergerak dengan pantas menuju destinasi yang dicari.iaitu karaoke jamban. mintak la seratus sepuluh lagu.dapat la bilik no 8. al kisahnye.. masuk je bilik tu,,mic plak rosak....ble pekak telinga klu dok situ lame2...last2..dapat tukar bilik ke bilik 6 ( dipendekkan cite ni ) . mase nk tukar tu..tercetus la perbualan ini antara si polan + ikram + budakhati

budakhati yang sopan : bro.. nape tinggal 6 je lagu..kami minta 10
si polan : abg cakao elok2 ...tadi mase baiki...dah nyanyi
si ikram : .................... ( muke tak puas hati ) :P jangan marah ikram..hehheheh
budakhati yang tenang : jadi kirenye lagu tadi burn la ek?
si polan : a'a
budakhati bertukar hijau : ................grrrrr
sipolan : takpe2 masuk la 10 lagu

p/s : dialog di atas telah di manipulate sket untuk memeriahkan lagi suasana

pastu an.. nyayi la kami... si ikram nyanyi lagu ella.. standing in the eyes of the world.sebagai tanda protes.dah selesai nyanyi..kami pun pulang ke maktab tercinta

Friday, October 15, 2010

dikala bosan

Bahasa Jiwa Bangsa......

Suatu hari ada seorang lelaki dihantar bertugas di kawasan pedalaman di negeri Sabah. Lelaki ini berasal dari Kuala Lumpur dan mempunyai seorang isteri yang amat cantik dan sempurna seperti lagak seorang model.
Maka tibalah hari mereka nak berangkat ke negeri Sabah. Semasa berada di dalam kapal terbang, mereka sibuk bercerita mengenai negeri Sabah dan mengenai warga tempatan di situ.
Dipendekkan cerita, setelah mengambil bagasi, lelaki tersebut pun pergi ke tempat menunggu teksi sambil diekori oleh isterinya yang cantik....
Kemudian, datang seorang lelaki tua memakai pakaian seragam teksi lalu bertanya kepada lelaki itu" mau teksi kah encik".
Lelaki itu pun kata " iye, saye nak pi ke hotel sutera.Berapa lama agaknya pi situ ye".
Pak teksi pun jawab " kurang lebih 15 min. Ini isteri kita kah?"
Dengan muka merah padam menahan marah, lelaki itu berkata"apa KITA-KITA!!!!. Ini isteri saye seorang! Awak mana ada bagi hantaran dan mas khawin dengan dia!!!!.Awak mana kenal bapa dan mak dia!!! macam mana pula awak mengaku dia isteri awak?"
Orang tua tu pun kata "Eh Bos, jangan marah ya....istilah 'Kita' bagi orang Sabah untuk ganti nama kamu/awak/kau"
Lelaki dan isterinya pun terlopong mulutnya "OOOOOO..........barulah saye tahu"...............


Kisah Si Orang Asli...

Dua orang pemuda sedang menikmati makanan di sebuah Restoran, kerana menghadiri seminar Kebudayaan. Seorang Pemuda Bandar dan seorang wakil dari Pemuda orang Asli. Mari kita ikuti perbualan antara Pemuda Bandar dan Pemuda Orang Asli ini.
-----------------------------------------------------------------
P.Asli : Orang Bandar kebanyakan semuanya pengotor!
P.Bandar : Eh ! kenapa pulak?
P.Asli : Yelah,1.orang bandar suka makan ayam kg, ayam kg suka makan taik manusia, 2. orang bandar suka makan lembu, lembu suka makan rumput yang tumbuh merata-rata bercampur dengan segala macam najis dan dipijak-pijak manusia. tengok kita Orang asli, makan semua jenis yang 'terbang' sahaja. jadi, kebersihannya terjamin. Contohnya; Orang Asli suka makan monyet, monyet makan buah-buahan,Orang Asli sukamakan Tupai, Tupai makan buah-buahan, Orang Asli suka makan burung, Burung pun suka makan buah-buahan.
P.Bandar : Panas jugak rasa hati ni. Lalu berfikir macamana nak kenakan Pemuda Asli yg angkuh itu.
Lalu Pemuda Bandar pun bertanya,"Oh! orang-orang awak suka makan jenis yg 'terbang' ajelah ye..? Kalau macam tu 'HELIKOPTER' makan tak?".
P.Asli : Terbang tak?
P.Bandar : Oh terbang....
P.Asli : Makan sikit-sikit!
Moral of the story : Kalau dah bodoh jangan sombong.


Cerita Orang sabah


Seorang wanita dusun pergi belajar memandu.

J/latih : Aik!! macam man mau lulus, kalau tdk mau "U-TURN"...cepatlah buat!
Wanita : Mada oku!! Mulau noh kopio. Aiso doho dot noilaan dot "IYUTON" poh om kolulus nogi.

Translete bagi siapa2 yg x faham bahasa dusun.
Wanita : Saya tidak mahu!!Gila betul,tiada yg bilang perlu bersetubuh dulu baru lulus ujian.
(IYUTON bermakusd Bersetubuh)

Budak darjah 1....

Dalam kelas pertama darjah satu 2009....Cikgu Fatimah mengadakan seisi suai kenal kpd murid2nya.....

C.Fatimah :Ali...Umur berapa...?

Ali :7 tahun cikgu....

C.Fatimah alam keluarga Ali yg keberapa...?

Ali :Anak ke empat cikgu....

C.Fatimah :Yang ke tiga dan ke dua,abang atau kakak.....?

Ali :Yg nombor 3,kakak...yg nombor 2,abang cikgu....

C.Fatimah :Yang paling tua..?

Ali atuk saya..tapi sudah mati cikgu.....

C.Fatimah :%#@!!*%&&%&**(

Ali ????

an old fashioned people's rep. gave his statement at a colonial police station somewhere in Tuaran District (regarding car accident he was involved in):


Man: "I horn horn that people no pop-pop", - saya hon tu org tapi tiada bunyi
"I brake brake no eat", - saya cuba brek tapi tidak makan
"I look my tyre no flower!" - saya periksa tayar saya botak pula

Policeman: ???????

No wonder these days a lot of youngsters still jobless !!!!these are their intelligent answers in filling up the application

Name: Ah Boy
Age: Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat who dead 2 years before
Race: I love to race, how you know?
Nationality: I don't like National, I prefer Sanyo
IC Number: 6735
Telephone number: House no telephone
Hand phone number: 3310
Address: Penang Jelutong
City: Nor Haliza?
Postcode: I never post anything
State: In my family, I am 2nd
Country: I love to travel to Canada
Marriage status: Secret
Email Address: Hotmail
Education Background: My teacher said not bad
Working experience: Last time got sell pirated VCD
Father's name: Daddy
Father's IC: You ask him
Mother's name: Mummy
Mother's IC: You ask her
Current Salary: Depends on my daddy mood
Expected Salary: As much as you can pay
When can start work: Depends on my mood
Highest qualification: Ya, very high
Grade: Ya, very high
College/University: College
Signature: Can I use chop?

PUKUL BERAPA BUKA?

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.

"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung
talian bertanya. "Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik
menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.

"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada
kecewa.
"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab
dengan nada yang tinggi. "Penting sangat ke sampai encik tidak boleh
tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?". "Siapa kata saya mau masuk?"
kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"


Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang “programmer” anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) “Selamat malam sayang, sekarang saya logged in.”
Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami : Bad command or filename.
Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami : Errorneous syntax. Abort?
isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa… Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami : Variable not found…
Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.

Suami : Sharing Violation. Access denied…
Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.

Suami : Too many parameters…
Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya.Harapkan muka je hensem.

Suami : Data type mismatch.
Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.

Suami : It’s by Default.
Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?

Suami : File in use … Try later.
Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?

Suami : Unknown Virus


Crita: Peminta Sedekah di Kota London

Parvinder dan Habib adalah peminta sedekah. Kedua-dua mereka meminta sedekah
di kawasan yang berlainan di Kota London.

Habib telah meminta sedekah sama lamanya dengan Parvinder, tetapi cuma
mendapat 2 hingga 3 Pound sehari.

Parvinder pula akan membawa pulang beg yang penuh dengan matawang 10 Pound,
memandu sebuah kereta Mercedes dan tinggal dalam rumah yang telah selesai bayaran
ansurannya disamping masih mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan.

Pada satu hari Habib bertanya pada Parvinder, "Saya juga bekerja sepanjang hari dan
sekuat awak tetapi macamana awak boleh membawa pulang beg yang penuh dengan
wang kertas 10 Pound setiap hari?".

Parvinder menunding jari pada papan tanda Habib dan bertanya, "Apa yang awak tulis
pada papan tanda awak tu?".

Habib menjawab, "Saya tulis; tiada pekerjaan, menyara isteri dan 6 orang anak kecil".

Parvinder berkata, "Ooo.. patutlah awak cuma dapat 2-3 Pound".

Habib pula bertanya, "Habis tu, apa yang awak tulis pada papan tanda awak?".

Parvinder mengangkat papan tandanya dan menunjukkan pada Habib......

"SAYA CUMA PERLU 10 POUND LAGI UNTUK BALIK KE PAKISTAN".
..

KISAH BOSS NGAN SECRETARY NYA

...sdh diulang2 ni crita tpi tetap fresh...

Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50an dan bekerja sebagai
CEO disebuah syarikat yang besar di KL... Pada suatu hari tu... Boss ni
memanggil la dia punya seketeri masuk ke ofisnya... seperti biasa seketerinya pun masukla...

Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client...
Si Boss ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya. ..
biasa la Boss... malas nak tulis... cakap punya cakap... Boss ni pun bangun...
dan berjalan-jalan pusing-pusing meja sambil tangan masuk dalam poket seluar...
10 minit kemudian acara mengarang ayat pun habis... si seketeri pun mula bersuara...

Seketeri : Boss... pagi tadi kan... masa saya nak datang ke Ofis...saya nampak pintu garage boss terbuka...

Boss : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke... tak apa, nanti saya call rumah... terima kasih...

Si seketeri pun blah balik ke meja dia... dan si Boss pun call rumah dia tanya wife dia...

Boss : Yang... tolong tengokkan garage rumah kita... pintu dia terbuka la...

Bini : Tak la bang... baru tadi saya tengok... mana ada terbuka...

Boss : Iye... terbuka.. cuba pergi tengok semula.

Bini : Tidakkkkk, tertutup... saya tahu la bang...

Boss : Pergi la tengok.. kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak?????

Bini : Okay la... okay la...

Setelah setengah jam kemudian... masa Boss ni tengah relek-relek...baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka... (dah memang perangai dia tak suka pakai underware... ) maka nampaklah...mengelabahlah si Boss ni memikirkan mana macam nak cover malu kat seketeri dia tu...dan petang yang sama juga...

Boss : Errr... tadi pagi masa you nampak garage I terbuka... ada tak you nampak BMW kat dalam tu?

Seketeri : Tak... yang I nampak cuma ada 'Mini Cooper' dengan dua tayar depannya pancit!!!!!.

Dek kerana sebuah kereta, merana anak kecil

epasang suami isteri – seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.

Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya.. kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, “Siapa punya kerja ni?” Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.

Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan

“Tak tahu… !” “Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?” herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.

Dengan penuh manja dia berkata “Ita buat ayah.. cantik kan!” katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu Cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. “Sapukan minyak gamat tu!” balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara siibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. “Ita demam… ” jawap pembantunya ringkas.

“Bagi makan panadol tu,” balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

“Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap” kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

“Tiada pilihan..” katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.

“Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku kebawah” kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

“Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.” katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

“Ita juga sayang Kak Narti..” katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

“Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,” katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

Lewat semesta

pagi2 yang sejuk ni , tambah plak ngan emo tak bersebab dah membuat aku kuat tangan cari lirik lagu lewat semesta . Lagu ni dinyanyikan oleh randy pengalila.

satu kata bertulis cinta
telah merasuki
tak urung cinta tersentuh
hanya ku rasa

dan jika wujud yang menjelma
pada sebentuk hati
bukankah itu amanah
dari yang kuasa

menjaganya, menjaganya

reff:
wahai insan yang di sana
mungkin saja ini kau dengar
melewati semesta ini
aku sampaikan

begitu ingin berbagi batin
mendengarkan asa di jiwa
oh tuhan pertemukan aku
sebelum hatinya beku

Thursday, October 14, 2010

Bomba oh Bomba



Salam ag...
hari ni sangat best bila kelas aku wat lawatan sambil hapi ke sebuah balai kawen bomba yang baru je bukak dalam 2 3 bulan yang lepas. Name de .. jabatan bomba dan penyelamat bayan baru kot.. aku pun tak hingat ahaks.. tgk la gambar sendiri untuk tau name de yang sebenar.


kami disambut dengan cikgu azman.. best de tu bile celoteh. sonok plak dengaq.ahaks. de kalau dah sembang , mmg tak leh nk benti. mase time rehat tu.. de bawak kami turun kot batang tiang bomba yang selalu depa pakai tuk turun tu. ahaks.


Waktu rehat tu.. mmg best la... akmaklum la.. dapat lak makan free. hahahah.. apa lagi.. aku selaku orang yang biase memenangi pertandingan makan paling banyak peringkat bilik . berjaya menghabiskan mee goreng yang sedap dalam masa yang singkat. Mengalahkan cikgadis yang makan slow jerk.


dah lepas makan tu.. kami sambung balik ngan kelas.. cane nk gune alat pemadama api. baru aku tau.. kelas alat pemadam api ada banyak, a, b dan e dan macam2 lagi la.mase nk balik tu.. dan la naik jentera bomba.. best kot.. nanti malas la aku nak beli kete bese2.. ak nk beli jentera bomba..hahaha.. siot tol.. macam nek roller coster.

Wednesday, October 13, 2010

trajedi pagi ...

salam sume
sebenarnya al kisahnye bukan la trajedi sangat pun.saje je nk bikin gempak sket.ahaks
selalunye kan... aku g kelas kul 715.. tapi tah nape .ari ni aku bangun lewat..715 baru aku nk g solat.tupun selepas dikejut oleh awek aku.kalau tak .. mmg tak bangun dah aku.

pastu.. waktu ngah mandi tu.. ada cahaya putih terang sangar ,pastu dengaq plak bunyi kilat yang sangat kuat. dalam hati aku .. mmg agak pelik sebab tak penah ag ader cahaya terang sangat. dalam hati aku lagi agak nye kilat tu dah sambar owg kot.

aku pun tak de la pk sangat kan.. apa yang heboh.. bunyik kilat ja pon.hehehehe.. cume mase balik dari kelas tadi....aku balik kot jalan biase yang ak amik.....dekat ngan library tu.. tetibe je.... tgk pokok tumbang.. ingat kene tebang ngan pekeja maktab... pastu .. tgk keadaan de lain macam.. aku yakin.. mmg pokok ni jadi mangsa panahan petir.

mula la aku tingat balik.. apsal la terang sangat cahaya kilat ni nape.baru aku tau sebab apa. ya g tulis trajedi tu.. sebabnya.. pokok tu kene sambar pada waktu aku selalu p kelas n ikut jln bawah pokok tuh. kalau ask p kelas awal td.dah arwah dah kot aku.


Tuesday, October 12, 2010

Sukantara

aish
apa dehal.. dah tua2 bangka pun kene jugak join sukantara
kalau aku kurus .. tak pe la jugak..keh3.
tapi takpe... itu sume menjajar aku untuk menghadapi dunia sebenar sebagai seorang cikgu.
Kalau aku tak dak pengalaman di dalam sukantara.. mesti nanti aku akan menghadapi masalah bile berhadapan dengan guru besar. kalau guru besar tu baik cam aku..tak pe la jugak.. kang kene macam guru besar yang kurang sket dari sial.. tak ke mampus..ahaks

ok2... sukantara kat maktab aku ni bermulanya kul 3.. konon nye jela ... tapi last2 start jugak kul 330 kot. ( bukan masa rasmi ) . Acara mula2 yang aku masuk aka diwajibkan masuk adalah lompat jauh. dowang ni kire agak baik la bila jarak de tak jauh sangat. cam tau2 je... graviti tarik aku ke bawah ngan kuase yang kuat dek kerana badan aku berkapasiti besar.ish2.. dah nyumbang satu mata kat umah sukan aku. yakni helang!.. yeah

then..tibala acara yang telah memalukan aku di khalayak ramai. dah tau badan aku besar. nak jugak paksa masuk.last2.. jadi bahan ketawa org len.ish2... dah tu.. lagi menyedihkan bila aku cume lagi 2 tapak je untuk melepasi mase kelayakan.aish2.. nasib2..

next..tibela acara yang paling aku suke dan tak penah menang sepanjang akau masuk acara ni..hahhaha...tp nasib baiklah arini sukantara ja.. aku cume perlu lontar lebih dari 4 meter . n selamat la peluruku jatuh disana.erm..cume aku pelik ja...hakim kata cara aku pegang peluru salah.. padahal selama aku men tak penah plak kene tegur.. alahai..

pepepun...walaupun penat. aku tetap enjoy sukantara ni.next station.. kejohanan olahraga tahunan . HELANG! ROXS!!

Friday, October 8, 2010

Epilog Tatkala Malam



Malam aku sekarang tidak lagi mengambarkan suasana sepatutnya. Setiap hari, ada je benda malang jadi kat aku ni.aish..nasib badan. Tadi sempat jugak la menjengah waktu malam di pantai queenbay. best kot keadaan waktu malam di tepi pantai.. damai ja..lagipun...aku mmg sukakan kegelapan or the world of sadness.


Tapi sebelum tu sempat jugak la aku bergumbira ngan ikram dah juga afiq dekat Borders tadi. Dowang ni mmg suke bergambar, Tapi aku lak tak gheti nk menangkap gambar.ahaks