Sunday, February 26, 2012

14 hari lagi

14 hari bersamaan dengan 2 minggu merupakan hari-hari yang aku hitung dari hari ke hari bermula hari ni. aku sampai semenanjung 10hb petang. aku lepak umah abg aku kat klang seminggu. aku tak balik SP sebab sayang aku ada kat subang jaya. so, aku ble la cube try test untuk dating. 11hb tu aku maybe dapat jumpe de kejap jer. takpe lah daripada tak dapat jumpe langsung kan.

semangat inilah yang aku pegang agar aku tak sedeh di sekolah sane. besok pagi aku gerak kul 6 pg naik teksi. melayang jugak la rm60. tapi takper.berbaloi sebab aku dapat meluangkan lebeh banyak waktu berhubung dengan de. aku betul2 rindukan de. rindukan keluarga. rindu anak buah. rindu masakan semenanjung jugak.hehehe..

minggu ni aku agak bz sebab aku nk setelkan file KSSR. aku jugak cube nk gerakkan diri untuk hias kelas tahun 1. aku tak nak la banyak cikgu tak suke aku sebab aku dah tak proaktif dan produktif. maaf rakan2 guru sekalian, aku bukanlah muhammad fu'ad yang dulu, ye dulu aku bersemangat, ceria, suka bergaul. tapi sekarang aku bukan mcm tu lagi, aku pasif, pendiam, cepat marah, cepat terasa, cepat sedeh dan mudah mengalirkan air mata.

habis minggu ni, aku ada satu minggu ag untuk balik semenanjung. tak sabar rase hati nk pijak airport sibu, nk duduk atas kerusi air asia, tak sabar nk keluar dari pintu LCCT. tak sabar sangat. waktu tu la waktu aku paling hapi, aku akan senyum kembali, aku ceria kembali. for the time being, mcm ni la aku..aku cube untuk berubah. biar masa menentukan.

p/s: ada satu lagi berita gembira :)

Saturday, February 25, 2012

apa nak jadi?

hari isnin n selasa lepas...bila aku bangun dari tido...terus aku sebak. aku cepat2 mandi, solat subuh, 620 pagi aku terus g sekolah. letak beg kat bilik guru, p dewan makan, tunggu budak2 kemas dewan makan, terus aku cari pot tepon.

kol org yang aku sayang, sedar tak sedar air mata mengalir. pagi selasa tu juga aku tunggu ketibaan cikgu yang aku tumpang masa raya cina, aku nk mohon kat dia, tumpang ke sekolah tiap2 hari tuk minggu ni. alhamdulillah, de izinkan. aku rase gembira sangat.

pastu aku cakap kat abg tu, aku akan banyak menumpang umah de sampai kete aku sampai.de izinkan. tapi kebyakkan hari yang aku ble balik, aku ade duty sebagai warden. tensen. aku nk hidup aku balik!!!!

aku ingat stress senang nk uruskan.. rupenye tidak. stress akan effect sume hidup aku, prestasi aku hubungan aku ngn rakan2 dan sebagainya. bagus ke tak bagus tu? baru sebulan lebeh aku kat sini...cukup setahun...serious aku cakap..aku bkl kene refer sebagai pesakit mental...............

Saturday, February 11, 2012

tak tau

korang selalu cakap bersabarlah
bertahanlah
pelan2 kayuhlah
tapi korang tau ker mcm mane keadaannya?
aku cube cari something yang dapat hapikan aku
tapi aku takjumpe
aku terpaksa sibukkan diri
supaya masa cepat berlalu

aku pk benda ni sampai migrain :(