Sunday, June 14, 2009

Irama Bicara Buat Ayahanda

Semalam,
engkau pergi mencari rezeki.

Hari ini,
engkau pergi mencari rezeki.

Esok,
engkau masih mencari rezeki.

Sampai ke nafas hujung,
kau masih ligat mencari sesuap nasi,
mengerah keringat, membanting tenaga,
meredah segala liku-liku kehidupan,
demi kami,
bunga-bunga pujaan.

Duhai bapa,
kami sudah tegar pada rotan,
kami berkawan dengan leteran,
kami membesar dengan ketegasan kau,
tetapi, itu semua bukan alasan,
untuk kami menjadi syaitan,
bahkan sebenarnya, kami terdidik dengan berkesan.

Saat ini,
marah mu tiada lagi di sisi,
pukulan tidak lagi kurasai,
kerana engkau ingin kami berdikari,
lantaran senyuman mu,
masih belum pernah hilang.

Bapa,
di mata orang engkaulah sang singa,
di hati kami engkaulah pendita,
ketabahanmu menjadi tunggakku,
kekuatanmu mengalir dalam darahku.

Tika aku longlai,
engkau menghampiri,
menyuntik dos ketenangan,
lantaran berkata :
'Tidak ada sesiapa yang kuat selain anak abah.'
Kupegang semangatmu, bapa!

Bapa,
bukan niatku untuk menempah kata-kata pujian,
bukan niatku untuk bersikap hipokrit,
tapi aku ingin sekali mengucapkan kalimat ini,
walaupun ia tiada nilai,
andai dibanding dengan pengorbananmu,
dengan ikhlas dari sanubariku,
selamat hari bapa, ayahanda tercinta.

Mungkin ada yang mengatakan puisiku ini hanya sekadar kata-kata tanpa makna, maka terpulanglah kerana bagiku ini adalah antara aku dengan bapaku. Terima kasih, ayahanda kerana telah menjaga Bonda yang terlantar sakit sejak 9 tahun yang lalu. Jelas, engkau tidak pernah jemu menabur kasihmu.

Sekali lagi
SELAMAT HARI BAPA, duhai abah tercinta..

Tuesday, June 9, 2009

Tips Kecantikan

.salam.

Semua orang mahu kelihatan chantek. Siapa yang tidak mahu chantek? Tapi, kan bagus kalau chantek itu secara semula jadi. Maksudnya chantek itu lahir daripada sekeping hati yang bersih dan suci. Okey larh. Aku seperti mengarut entah apa-apa. Ini aku beri tips untuk chantek. Cuba tau...

1- Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik.Halo
cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan
langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri.
Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

2- Untuk menghilangkan stress. StickingOutTongue
Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah ada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3- Untuk pelembab, agar awet muda.Heart
Gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4- Untuk punya bibir cantik.Wink
Bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

5- Agar tubuh langsing, mulus.Blush
Diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS iaitu selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan
air putih.

6- Untuk menjadi popular.Smile
Sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Source : www.iluvislam.com
by : atin
:bear9:

agak2..comel ke .. x comel



kowang tengok macam ape?hehehehe..comel kan biskut di atas ini...x nak makan pun ada .nak simpan dalam bekas biskut unutuk raya nanti :P

Sunday, June 7, 2009

HePi BiRthdaY

.salam.

Hari ini, 7 jun 2009 kan?
Cuba teka hari ini birthday saper?

Cepat teka.
Teka, teka..

Klu?
Boleh, boleh.

Matanya bundar.
Hidungnya seperti jambu.
Mulutnya kaler pink, manis jer.
Rambutnya sedikit kerinting.
Kulitnya ala-ala putih.
Berlesung pipit, sweet sangat.

Okeh. Klu sudah tamat. Sekarang cuba larh teka.

TET! Masa sudah tamat.
Hatinya baik.
Sangat sayang kepada kekasih nya. (dia cakap!)

Dia ialah dia.
Dia ialah pengarang jantung saya.
Dia ialah chenta hati saya.
Dia larh jiwa saya.

HappY BirthdaY SayanG
ke 22

i love u

by : atin

Saturday, June 6, 2009

cerita yang bisa hilangkan ngantuk

Alahai Mak Cik.........
Suatu hari..seorang Makcik menyewakan salah satu biliknya
untuk seorang pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnyer..
Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la..
Malam tu..
Time penyelidik tu nak mandi..maklum ler bilik air kampung..
Dah tu dia tu..hensem lagi..muda lagi..
Makcik tu pun "semacam" ler..dia pun nak pi ngendap si anak muda nie mandi....
Makcik nie kantoi sekali..oleh pemuda tu..
Kali keduanya pun kantoi..nak ngendap nie..
Kali ketiganya..pemuda tu naik bengang dan bagi warning..
" Kalau makcik ngendap saya sekali lagi...saya rogol makcik!!!"
Kemudian..makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata...

" JANJI TAU..!!"..


================
Burung Spesel


Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil , membawa burung kakak tua yang sangatlah spesel..
Si isteri bertanya..pada si suami...
" Abang..buat aper beli burung tu..?! Kan mahal tu..!"
Suami menjawab..
" Ala takper..burung ni spesel..tengok nie.."
Suaminya mengangkat tangan kanan dan memetik jarinya...burung itu terus menyanyi lagu POP..
Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak..
Si suami..berbuat demikian dan memetik jarinya.. dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula..
Si isteri pun suka dan bertanya..
" Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner..?"
Suaminya menjawab.." Awak cuba la buat.."
Si isteri mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya..lalu..burung itu pun berkata...

" SATU SATU LAH, BODOH..!!! "

==================
mengandung anak gajah??????


Seorang lelaki yang badannya gendut naik kereta
api. Penumpang sangat penuh maka lelaki itu
terpaksa berdiri. Dia merasa ada yang
menyenggolnya lalu lelaki itupun melihat
kebelakang. Ada seorang ibu hamil yang juga
sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka
lelaki bertanya pada wanita itu :

Lelaki: Hi... kakak hamil ya ?
Ibu hamil : Iya udah tahu tanya lagi (kata wanita
dengan nada kesal)

Lelaki: Isinya orang ya, kak ?
Ibu hamil : Iya (dengan nada kesal, lalu
bertanya)Encik hamil juga ya?

Lelaki: Iya (Sambil ketawa)
Ibu hamil : (Karena merasa jawaban lelaki itu
tidak sopan dia melanjutkan pertanyaannya) Isinya
orang ya?

Lelaki: Bukan, isinya anak gajah (sambil ketawa lagi).
Ibu hamil : (terkejut, lalu ketawa)

Lelaki: Laa... kenapa ketawa? (dengan bingungnya)
Ibu hamil : Oh isinya anak gajah, ya... patutlah
belalainya keluar( sambil menunjuk seluar lelaki
yang lupa dikancing)

Lelaki:???????????
=============

Skandal Doktor


Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.
Ia pulang ke rumah dengan wajah muram.
Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang
Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,
"Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim
dengan pesakit terjadi di mana-mana.
Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang."
Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi
itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.
Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,
"Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual
antara doktor dan pesakitnya."
Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih...
Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,
"Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan"
a
Sorang taukeh kedai restoren sedang mengira pinggan mangkuk di kedainya...
- 13 mangkuk pecah
- 5 mangkuk retak
- 2 mangkuk hilang


DAN....

- 1 mangkuk hayun sedang baca email ni.....
daa...pegi buat keje.....takde keje lain ke 2...asyik tgk email jer.... ekekekekeekekeke

simbol tandas

hahaha
kowang layan la sendiri symbol tandas kat bawah
lawak jugak ... :)



Maafkanlah

.salam.



"Apabila dia melakukakn kesilapan
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..
akhirnya kamu kecewa meninggalkan.

Sedangkan jika kamu memaafkannya
boleh jadi hubungan kamu
akan berterusan hingga ke akhirnya.."

by : Atin

Friday, June 5, 2009

diari ari ini

penat sungguh ari ni.tapi sebenarnua x penat sangat pun.keluar pagi jer.tapi mmg pack giler ah.pada mulanya,niat ayh aku nk baiki motosikal abg aku a.k.a motosikal eksiden.sebab apa namenye sungguh unik?sal moto ti mmg selalu eksiden.nak tau bahagian paling kuat?musti la tayarnya.langgar apa pun x rosak.

pastu,aku teman ayh aku g bank.bayar duit kete de.mahal tuh.bulan2 rm 750.kereta persona SE.mmg cantik la kete tuh.cume dashboard de x banyak berubah dengan gen 2.pas bayar kat bank, aku g maybank lak.dengan harapan dapat bukak akaun.tapi,jawapannye, x boleh.aduyai

pas g maybank, g hong kong bank plak.adus.banyak betul bank.tujuan de , untuk bayar duit kredit kad.pas abis bayar,aku g kedai baju plak,nak baiki baju ayah aku yang rosak.lepas tuh plak.menuju ke restoran untuk mencari makanan tengahhari.aku makan nasi kandar.bosan giler,tapi nak wat cane.huhuhu

itulah kisah aku waktu pagi.waktu petang lak,aku baiki paip bilik air dan tukar lampun bilik aku yang dah terbakar.pas semua keje tuh,aku duk lepak sambil mengadap laptop dan main plurk dan buat kuiz dalam face book.hikhikhik

itulah keje aku setakat petang ini.harap maklum :)

by : art

Thursday, June 4, 2009

untuk cinta hati abg

Perselisihan kita hanya kebetulan..
Mengenalimu sudah ku anggap satu takdir..
Ingin selalu aku berada di saat itu..
Di waktu itu..
Kau berkeyakinan untuk mencuri hatiku...
Lantas aku abdikan keyakinanmu di jiwaku...

Air mata semalam menjadi saksi..
Bertemu denganmu..
Membawa sejuta keindahan..
Melemparkan kekalutan...
Menceriakan kegembiraan kita bersama...

Bagaimana harus aku bicarakan lagi...
Hanya hati ini yang merasai dan mengetahui..
Segala yang aku pendamkan terhadap mu...

Telah banyak perubahan yang kau bawa dalam hidupku...
Ketulusanmu menggamit jiwa dan naluriku..
Aku menyayangi cerita semalam..
Kau dan aku...
Senyum menatap keindahan...

Harapan ku...
Kita sentiasa teguh..
Berlandaskan sebuah keikhlasan..
Sebekas kejujuran..
Serta berdiri di atas garisan adap dan syariat..
Semoga Allah s.w.t merahmati segalanya...
Dan..
Semoga segalanya berada dalam keadaan baik dan sempurna....
sayangku padamu,Nurul Fatin Ramli

by : art

blog kami

wah...blog kami sungguh cantik sekarang...hasil nukilan cik atin yang comel.lagipun,mmg de comel.hahahaha.sekrang de ngah tido.pun sangat comel.

peristiwa hari ini :
aku kena pergi pejabar pesuruhjaya sumpah untuk amik sain ttg insurang kehilangan motor aku.ada la dalam rm3000 dapat.ble la modify kete aku.hahahaha

penatnya....uwaaaaa

Kenapa Mesti Bosan

.salam.

Kenapa mesti bosan?
Susah betol hendak jawab soalan sempoi macam nie.
Kalau dah nak bosan, nak buat macam mana kan?
Bosan jugak..

Bosan betol kalau cuti. Tak best, terperap di rumah macam orang gilak. Eh! Orang gila pun keluar jalan-jalan. Habis tue, aku nie kira tahap lebih terok dari orang gilak mungkin. Dush! Tapi, aku tidak gilak okeh. Waras bin jaras lagi. (maksudnya masih sangat waras larh tue).

Tengok.
Entri nie pun macam bosan. Frown Kalau boleh belasah diri sendiri, sudah lama aku buat. Tengok, aku cuba untuk men-excited-kan diri sendiri. Haish.

Jom maen, nak?
Maen permainan membina ayat.
Jom! Jom!

b = Bini bapak aku sudah bangun!! Bila-bila masa sahaja mulutnya akan menyuruh aku serta adek-beradek masuk tidur. Oleh itu, sekarang aku perlu memasang langkah berjaga-jaga iaitu dengan membina ayat seperti "Baiklah mak intan payung musyuk wangi kuuuuu.."

o = Ohh perot. Tiba-tiba rasa kasihan pada perot sendiri kerana terbayang-bayang seperti perot tengah meminta makanan seperti pakcik kaki kudung kat pasar malam hari tue. Oh kasehan sangat pada perot.

s = Sms bakal mak mertua syok wooOo. Dia buka cherita thriller. Fuh! Penuh suspens. Kat tv mana ada cherita macam tue. Tapi, sori babes! Semua tue rahsia. Rahsia menantu vs mertua. Aik. Bila masa pulak aku kahwen, kahkahkah.Grin

a = Aku teringat pada selipar cumil aku kat luar. Rindu pulak. Hari ini tidak keluar langsung. So, tidak sempat hendak tengok selipar cumil aku tue. Kalau aku pergi tengok sekarang...erk..tak berani. Oh selipar. Aku akan mimpi kau pada malam ini.

n = Nak kencing sangat-sangat. Hehehe.

Okeh.
Aku ingin melunaskan aktiviti 'n'.
Jadi, aku hendak taip satu benda sebelum pergi.
. <--nampak tak aku taip titik?

by : AtiN

Monday, June 1, 2009

Bapa Diugut Bunuh

.salam.

Bapa Tegur Anak Suka Berfoya-foya Diugut Bunuh

KUALA TERENGGANU: Tidak boleh menerima nasihat orang tua supaya menghentikan tabiat suka berfoya-foya dan memberi tumpuan kepada kerja, seorang lelaki sanggup mengugut untuk membunuh ayahnya di hadapan orang ramai dalam satu kejadian di sebuah pusat hiburan di Paka, Dungun, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata dalam kejadian kira-kira jam 12.15 pagi di Kawasan Perindustrian Kampung Cacar, Paka, mangsa lelaki berusia 50 tahun juga seorang peniaga dari Kampung Tebing Tembah, bersama isterinya keluar rumah mencari anak lelakinya.

Anak lelaki mangsa dikatakan sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah dan sering ponteng kerja


Crying Haish. Anak-anak zaman sekarang sudah hilang rasa hormat. Sudah tiada adab berbahasa dengan orang tua. Mungkin ibu bapa kandung diibarat seperti member. Erk. Kalau diugut, barangkali bukan member anggapannya. Itu seperti musuh. Astagfirullah alazim. Inilah tanda akhir zaman.

Siapa yang salah? Crying

Soalan seperti ini tidak sepatot bermain di bibir masyarakat. Yang sepatotnya berlaku, ialah : kesedaran dalam diri para anak sendiri. Mengapa mesti wujud anak seperti tahi? Perlakuan dengan ibu bapa seperti terdapat jurang Mariana antaranya. Aku pasti, ibu bapa sudah mendidik sehingga ke lobang cacing. Engkau cakap, ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anak kandong menjadi orang? Ada ker ibu bapa yang hendak melihat anak kandung menjadi alien, tidak berguna ibarat sampah di dalam longkang?

Tetapi sayang. Sangat sangat sayang. Kerana anak kepalang ajar. Diajar a.y.a.m. Diejanya b.a.b.i. Memang dasar anak kepalang ajar. Atau lebih layak dengan perkataan KURANG AJAR.

Kenapa?

Tidak ada kesedarankah wahai makhluk bernama anak? Sepatotnya, selepas engkau dilahirkan, ibu bapa harus membunuh sahaja anak seperti ini. Tetapi, ibu bapa mana sanggup berbuat begitu? Kucing pun sayangkan anak. Inikan pula manusia.

Sedarlah wahai anak-anak. Ibu bapa hanya seorang. Bila mana engkau kehilangan mereka, engkau akan menyesali perbuatan engkau sehingga engkau mati.Frown

Ingatlah wahai anak-anak. Bila mana engkau berbuat kurang ajar, engkau turut akan merasai perbuatan itu bila engkau bergelar ibu bapa kelak. Tidak ada mustahil untuk engkau mengelak. Allah pasti membalas atas setiap perbuatan hambanya.


ps : Sepatotnya, anak perlu lahirkan ibu bapa, bukan ibu bapa melahirkan anak. Padan muka. Uwek StickingOutTongue

by : atin

kenduri

pada 31 mei 2009, aku dah ditugaskan oleh ayah aku untuk membawa abg ,akak n anak buah aku ke kenduri ayah awek abg aku yang berlangsung di dewan merdeka ,majlis pembandaran manjung.perjalanan agak memenatkan sal jauh sangat kene drive.ayah aku bilang dekat,realitinya ,jauh bangat.kat bawah ni ada beberapa keping gambar.jom layan


ayah awek abg aku ngan bini de


abg aku ngan awek de

abg aku ngan awek de lagi

bye : art