Sunday, May 17, 2009

Sakit Kepala

.salam.

Alolo. Kenyang sudah perot nie. Rasa seperti bawak budak. Erk. Belom kawen okeh.

Semalam di belanja PIZZA. Engkau tahu, aku kalau dapat PIZZA rasa hendak sujud syukur tak bangun-bangun. Sekarang, musim tiada fulus. Dapat makanan orang kaya jangan hendak tolak. Bila dapat, sila teros pelahap masuk esafagus. Biar peristalsis berlaku tanpa menolak walau sesaat untuk berfikir. Argh. Apa lagi, jangan tolak rezeki. Telan saja.

Okeh.

Semalam jugak seronok sebab dapat maen dengan budak umor 1 tahun. Err, tapi mental aku masih waras la. Walau bermain dengan budak umor 1 tahun, itu tidak bermakna mental aku seperti dia. Hello! Seronok larh weh. Boleh tak hendak sewa baby? Sewa satu hari sahaja. Huk. Buang tabiat.

Exam
Maha mengetahui hanya Allah.
Gila hendak mati bila proses studi bermula.
Semua penyakit datang. Penyakit migrain-baru-hendak-jadi.
Penyakit sakit hati.
Penyakit sakit otak.
Penyakit tido. Aik?
Tengok. Macam-macam penyakit ada.
Cuma tidak lagi datang penyakit gila.
Haish. Minta lindung Allah.

Sebot penyakit, teringat pula penyakit popular tahun ini.
SELESEMA BABI. Haish. Jangan mencarot.
Okeh. Tukar.
SELESEMA KHINZIR. Sopan sikit.
Penyakit ini sudah sampai di Penang, Perlis.
Haish. Takot nyer. Doa banyak-banyak.

Kekaseh aku tengah sodap jer tido.
Tak adil betol.
Tak adil! Tak adil!
Okeh, jangan dengki kepada kekaseh sendiri.

ps : Sleep tight dear. Heart

BY : ATIN

No comments: