Saturday, October 17, 2009

Cik Atin dan Bowling


.salam.

Pagi semalam, sebelum pulang ke kampung halaman, aku maseh giat lagi pergi maen bowling di bukit jambul. Maen satu game sahaja, berentap bersama-sama kekaseh dan si adek. Mantap.

Cumaaaaaa... err. Hari itu mungkin hari hitam, gelap, malang, tidak dapat dilupakan, atau apa-apa jerlah yang sesuai untuk menggambarkan bahawa aku sangat MALANG pada hari tersebut. Aku memang pandai memalukan diri sendiri. Serius aku malu!

Engkau mesti tidak faham apa yang sedang aku beritahu. Ohh. Aku tidak pasti sama ada aku mnegambil tindakan bijak membongkar rahsia pakatan bertiga ini di sini atau tidak. Yang pasti, aku nak nak nak nak jugak cherita di sini. Untuk pedoman engkau sekalian lar.

Begini cherita nya...

Aku sangat excited maen bowling bagai orang separuh gila. Aku maen pakai bola saiz 8 sahaja. Itu bola paling ringan okeh. Hurm. Bola saiz 8 ada banyak kaler. Aku menjadi bertambah gila tengok bola pelbagai warna. Aku satu bola itu berwarna merah. Merah itu seperti menarek perhatian aku, jadi aku pun masukkan jari kecik aku nie pada lobang bola itu.

Kanak-kanak riang suka bermaen-maen. Aku pun suka bermaen-maen. Jadi aku hayun bola itu ke kiri dan ke kanan. Konon bagai seorang pro sedang mencuba bola sebelum digunakan. KONON lar. Tiba-tiba, (suddenly!!) bola itu terlepas dari jari aku. Bergolek-golek pergi ke belakang, menuju ke pintu keluar. Siap melantun lagi tue. Semua orang di situ pandang. Diulang.. SEMUA ORANG DI SITU PANDANG. Apek penjaga kaunter pusat bowling itu pun bagai stuck tengok bola aku bergolek. Mamat di dalam pusat game bersebelahan sangat rajen untuk keluar meninjau bola itu. Argh! Aku sudah mula meroyan. Malu siot beb! Malu! Malu! Bodos bodos.

Apa lagi, aku menyeksa kekaseh pergi kutip bola. Makaseh, lebiuuu! Dalam kes ini, aku tidak salah okeh. Bola itu yang salah kerana berlubang terlalu dalam. Jari mulus ini tidak sampai. Aku memang tidak patot disalahkan. Apatah lagi jari mulus aku ini, tambah-tambah berdosa kalau menyalahkan ciptaan Allah. Jadi, jari mulus tidak patot disalahkan juga. Memang patot bola tuih tuih itu disalahkan. Lagi pun bola itu ciptaan manusia. Bodoh betol..argh!

Paling tidak boleh belah ialah kekaseh dan si adek. Boleh pandang jer bola lalu di hadapan mereka. Kalau ditahan bola itu, mungkin naseb aku tidak begini. Aku akan malu sehingga hari tua. Uwaa.

Moral : Jangan poyo hendak jadi pro, padahal engkau maen bowling masuk longkang jer. Nah!

Ini larh episod hitam legam bagai arang dalam hidup aku. Grr. Sangat memalukan.

by : CikAtin

No comments: