Monday, June 1, 2009

Bapa Diugut Bunuh

.salam.

Bapa Tegur Anak Suka Berfoya-foya Diugut Bunuh

KUALA TERENGGANU: Tidak boleh menerima nasihat orang tua supaya menghentikan tabiat suka berfoya-foya dan memberi tumpuan kepada kerja, seorang lelaki sanggup mengugut untuk membunuh ayahnya di hadapan orang ramai dalam satu kejadian di sebuah pusat hiburan di Paka, Dungun, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata dalam kejadian kira-kira jam 12.15 pagi di Kawasan Perindustrian Kampung Cacar, Paka, mangsa lelaki berusia 50 tahun juga seorang peniaga dari Kampung Tebing Tembah, bersama isterinya keluar rumah mencari anak lelakinya.

Anak lelaki mangsa dikatakan sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah dan sering ponteng kerja


Crying Haish. Anak-anak zaman sekarang sudah hilang rasa hormat. Sudah tiada adab berbahasa dengan orang tua. Mungkin ibu bapa kandung diibarat seperti member. Erk. Kalau diugut, barangkali bukan member anggapannya. Itu seperti musuh. Astagfirullah alazim. Inilah tanda akhir zaman.

Siapa yang salah? Crying

Soalan seperti ini tidak sepatot bermain di bibir masyarakat. Yang sepatotnya berlaku, ialah : kesedaran dalam diri para anak sendiri. Mengapa mesti wujud anak seperti tahi? Perlakuan dengan ibu bapa seperti terdapat jurang Mariana antaranya. Aku pasti, ibu bapa sudah mendidik sehingga ke lobang cacing. Engkau cakap, ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anak kandong menjadi orang? Ada ker ibu bapa yang hendak melihat anak kandung menjadi alien, tidak berguna ibarat sampah di dalam longkang?

Tetapi sayang. Sangat sangat sayang. Kerana anak kepalang ajar. Diajar a.y.a.m. Diejanya b.a.b.i. Memang dasar anak kepalang ajar. Atau lebih layak dengan perkataan KURANG AJAR.

Kenapa?

Tidak ada kesedarankah wahai makhluk bernama anak? Sepatotnya, selepas engkau dilahirkan, ibu bapa harus membunuh sahaja anak seperti ini. Tetapi, ibu bapa mana sanggup berbuat begitu? Kucing pun sayangkan anak. Inikan pula manusia.

Sedarlah wahai anak-anak. Ibu bapa hanya seorang. Bila mana engkau kehilangan mereka, engkau akan menyesali perbuatan engkau sehingga engkau mati.Frown

Ingatlah wahai anak-anak. Bila mana engkau berbuat kurang ajar, engkau turut akan merasai perbuatan itu bila engkau bergelar ibu bapa kelak. Tidak ada mustahil untuk engkau mengelak. Allah pasti membalas atas setiap perbuatan hambanya.


ps : Sepatotnya, anak perlu lahirkan ibu bapa, bukan ibu bapa melahirkan anak. Padan muka. Uwek StickingOutTongue

by : atin

2 comments:

DzuLagiL said...

Ya tuhan...
matikanlah aku sblum anak dan istriku mndrhakai aku...

panjangkanlah umur aku demi menjaga kedua-dua ibu bapaku hingga akhir ayat mereka..

Fu'ad - Fatin said...

amin~