Tuesday, February 8, 2011

Menu orang bujang yang pertama



Hye sume....dah dapat tgk gambar kat atas? erm...gambar kat atas ni adalah menu aku untuk hari ni.hehehe..biase la kan , owang bujang katakan..bedal apa pun takpa..semalam aku dah housemates aku kuar la p cari tong gas , beras , ajinamoto , gula dan segala keperluan lain yang penting untuk memulakan zaman jimat kami. almaklum la , kami tau , duit akan habis semasa sesi praktikum ni.jadi , kami mengambil keputusan untuk memasak setiap hari.

Berpraktikum jauh dari maktab , mmg mengajar kami untuk menjadi seorang guru yang berdikari.mmg inilah gambaran sebenar seorang guru nanti. Hidup berjauhan dari keluarga , berjimat untuk memastikan murid2 mendapat ilmu yang secukupnya , dan juga hidup sowang2 di suatu tempat yang kita juga tak pasti mana tempat itu kat peta dunia ni..cari kat google map pun sah2 tak jumpa.

Bila tengok gambar makanan kat atas ni ( hasil daripada hasil tangan chef ikram ) , aku rasa insaf jugak. yela , pada owang2 kaya , mungkin makanan kat atas , tak sedap atau mungkin , tak dak nilainye , tp pada aku , makanan yang aku makan tadi , dah mmg nikmat teramat. simple but nice and delicious . Sesape yang jeles, sila la taip komen.hahaha

oklah babe, sebenarnya aku tengah serabut pk pasal jadual kelas aku ni. ape yang bimbangkan aku , subjek bahasa inggeris tu , lepas perhimpunan. Bila dah lepas perhimpunan ni , agak susah la..nanti ada budak masuk lewat la, kene denda , ada hal itu , ada hal ni...mmg problem kat aku. Besok aku nk try ubah jadual..kene jumpe cikgu aku..pastu..kene balik maktab lagi :(

4 comments:

iKhRam said...

kesian korunk semua makan masakan aku.. sori.. huhuhu.. apapun kia susah sama2 k?

Juan Hazi said...

sosej sodap!!

Unknown said...

ahaaa . kawen cepat2 dapat mkan sedappp :D

MissButterfly said...

mengajar kita erti bersyukur :)