Saturday, December 4, 2010

jom belajaq loghat kedah 1

salam suma
haghi ni cikgu nk ajaq hangpa loghat kedah. cikgu ni memang asai kedah tapi tu lah...tak wapa nk gheti sangat loghat kedah.hahahaha.so sket2 ja lah cikgu ble bawak masuk pun.mai no pakat2 kita belajaq,hak mana terkurang , terlebih , atau nk tambah, ble la hangpa komen2.
jom kita start dengan :

1) taboh
taboh ni maksud dia belasah , penerajang , pukui atau seangkatan dengan dia. contoh dia kita ble pakai .....woi2 jom p taboh dia ramai2, angkut geng.

2) cemuih
cemuih disini maksud dia bosan. so kalau hangpa rasa bosan , ble la guna ayat nih. cara nk guna dia cam ni......cemuih ngat aih dok sini..

3)baloq liat
ha.....ayat ni popular gak depa selalu dok guna.dalam erti kata lain baloq liat tu maksud dia pemalaih. mcm hangpa la jugak.hahahaha.gurau2 ja no. ...

4)ghelah
ghelah ni reper untuk baju yang hak dah terkoyak atau pun bakal terkoyak..kita ble guna masa nk cakap....mampuih dah baju aku kalau dia pakai..ghelah satgi

5) semawa
semawa ni bukan lah sejenis buah mahupun sejenis tumbuhan.dia ni maksud dia jemput/ajak. selalunya kita guna kalau nk jemput makan lah. tak dak la plak kalau kita guna semawa org mai umah. selalu kita pakai....pada ang tak semawa ak..kedekut nk mampuih.

ha...cukup la 5 dulu ari ni cikgu nk ajaq hanpa suma no. cikgu amik semua perkataan ni dari sumber ini

okey , sebelum cikgu tamatkan sesi kita pada kali ini, hayati la potongan ayat dibawah yang cikgu rasa dah tukaq sket2 kowt.

"Ulaq melingkaq ataih pagaq, jangan loqlaq satgi kena kelaq tangan, ghonot bawah pagaq teruih jereluih masuk ghumah orghang..kena gheyiau!"

3 comments:

za petrelli said...

terbeliak lidah gauk bacak

Budak Hati said...

tula...kecik2 tak mau service lidah betui2..tgk ak..ble la cakap nganu.. :P

Budak Hati said...
This comment has been removed by the author.