Tuesday, December 7, 2010

salam maah hijrah

assalamualaikum sume pembaca..
ak pk banyak kali gak nk post pasal maal hijrah ni..bukan apa ..ak pk ak belum layak untuk membicarakan ttg ini sebabnye ak pun masih kurang ilmu didada.



kalau kita membicarakan tentang hijrah..ianya merangkumi ruang lingkup yang sangat besar. hijrah itu sendiri bermaksud pindah. dan maal hijrah bermaksud bersama2 berhijrah ( betulkan saya kalau salah )

hijrah jugak ble dikaitkan dengan perubahan yang dilakukan oleh kita untuk menjadi yang lebih baik. mungkin kita dahulunya seorang yang memiliki pelbagai sikap2 negatif..misalannya, suke mencuri , suke melawan cakap ibu bapa, .sume sikap2 negatif itu ble kita ubah menjadi lebeh baik.

didalam berhijrah ini, kita harus mempunyai azam dan semangat yang kuat. mmg tak dapat disangkal lagi apabila kita ingin berubah atau menjadi lebih baik, pasti ada bisikan2 syaitan yang sedaya upaya mengagalkan niat baik kita. so , dengan azan dan keyakinan yang kuat, InsyaAllah kita dapat mengharunginya dengan mudah. dan tidak dilupakan , kita harus sentiasa berdoa kepada Allah agar niat baik kita ini menjadi mudah. Allah sentiasa bersama dengan hamba-Nya.

ak tertarik dengan kata2 yang diucapkan oleh uztaz zul , bekas gitaris kumpulan visa. de ada cakap, kita tak perlu tunggu seru untuk berubah, kita sendiri yang harus berusaha dan mencari perkara yang perlu untuk berubah.

so, jangan lah kita asyik cakap, kita nk tunggu seru, kang tak sempat tunggu seru , kita dah meninggal ..amacam? then , asraf muslim ada cakap tadi dan ak betul2 suke ayat de , de kata

"orang yang gagal , sebenarnya adalah orang yang tidak berani melakukan perubahan"



2 comments:

iKhRam said...

hahaha..
suka ayat tak yah tunggu seru tu...

Budak Hati said...

hehehe...ak pun suke